PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas seorang wanita kerana menyeludup masuk dua pembantu rumah warga asing dan mengeksplotasi mereka untuk bekerja di rumahnya serta perniagaan pembersihan tanpa membayar upah.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk See Mee Chun dan Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas menolak rayuan Chong Chon Lang, 60, untuk mengetepikan sabitan terhadapnya bagi kesalahan itu.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan suri rumah itu untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya daripada 12 tahun kepada 12 bulan.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas berpendapat hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhi ke atas Chong oleh Mahkamah Sesyen adalah keterlaluan selain mengambil kira faktor usia tertuduh.
Panel berkenaan turut melepas dan membebaskan suami wanita itu, Low Kee Pat, 62, daripada pertuduhan sama selepas memutuskan bahawa dia tidak terlibat mengeksploitasi kedua-dua pembantu rumah terbabit yang merupakan warga Indonesia dan Kemboja.
Hanipah, yang membacakan keputusan mahkamah, berkata bukti secara keseluruhan menunjukkan Chong telah menggunakan kedua-dua pembantu rumahnya untuk menawarkan khidmat membersihkan rumah orang lain tanpa membayar upah kepada mereka.
Pada 10 Jan 2019, Mahkamah Sesyen mendapati pasangan suami isteri itu bersalah atas pertuduhan mengeksplotasi seorang wanita warga Kemboja, 28, di sebuah rumah di Taman Rawang Perdana, Rawang di antara 13 Mei 2010 dan 14 Julai 2016 serta seorang wanita warga Indonesia, 30, di tempat sama di antara Mac 2015 dan 14 Julai 2016.
Chong dan Low, yang juga bekas kontraktor, telah dihukum penjara 12 tahun bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan serentak.
Mereka kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi namun ditolak pada 29 Mei 2020.
Pada prosiding hari ini, peguam Sreekant Pillai yang mewakili pasangan itu berhujah bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan pertuduhan mengeksploitasi.
Beliau berkata anak guamnya telah menggunakan ejen untuk mendapatkan kedua-dua pembantu rumah secara sah dan mereka dilayan dengan baik serta dibayar gaji.
Katanya jika mereka dibawa untuk membersihkan sebuah atau dua buah rumah lain, perbuatan itu tidak terjumlah kepada definisi eksploitasi dan buruh paksa di bawah Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Peguam itu berkata pertuduhan terhadap anak guamnya sepatutnya adalah di bawah Akta Imigresen atau Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman lebih ringan.
Timbalan Pendakwa Raya Aznee Salmie Ahmad pula berkata di bawah terma pekerjaan, kedua-dua wanita hanya sepatutnya bekerja di rumah pasangan itu namun mereka sebaliknya telah dipaksa membersihkan rumah orang lain.
Beliau berkata Chong telah memungut wang bagi khidmat pembersihan rumah namun kedua-dua pembantu rumahnya tidak menerima sebarang bayaran sebagai upah melakukan pekerjaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas menolak rayuan Chong Chon Lang, 60, untuk mengetepikan sabitan terhadapnya bagi kesalahan itu.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Eksploitasi pembantu rumah warga asing: Wanita dipenjara setahun, suami bebas
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas menolak rayuan Chong Chon Lang, 60, untuk mengetepikan sabitan terhadapnya bagi kesalahan itu.