NATIONAL
Eksport industri perkayuan Sarawak cecah RM625 juta pada suku pertama 2025

Produk papan lapis kekal sebagai eksport utama dengan nilai RM317 juta, meningkat sebanyak empat peratus berbanding RM305 juta dalam tempoh sama pada 2024. - Gambar hiasan
KUCHING: Industri perkayuan terus menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi Sarawak apabila nilai eksport sektor itu mencatat RM625 juta dalam suku pertama tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Ringkasan AI
- Industri perkayuan Sarawak mencatat nilai eksport RM625 juta pada suku pertama 2025, dengan papan lapis sebagai penyumbang utama (RM317 juta), dan Jepun kekal sebagai pasaran terbesar.
- Sarawak turut membangunkan industri buluh sebagai alternatif, dengan sasaran penanaman 30,000 hektar menjelang 2030; setakat April 2025, 4,900 hektar telah ditanam oleh syarikat dan komuniti.
- Beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa berminat melabur dalam industri hiliran buluh untuk menghasilkan produk bernilai tinggi seperti tisu, pembungkusan, tekstil dan biochar.
Selain industri kayu konvensional, beliau berkata Sarawak juga aktif membangunkan industri buluh sebagai sumber bahan mentah alternatif di mana kerajaan negeri menetapkan sasaran untuk meluaskan penanaman tumbuhan itu sehingga 30,000 hektar menjelang 2030.
"Setakat April 2025, seluas 4,900 hektar kawasan telah ditanam oleh 17 syarikat komersial dan 200 peserta komuniti," katanya.
Menurutnya, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) tahun lepas dengan empat pihak lain untuk membangunkan projek penanaman buluh di satu kawasan seluas 10,000 hektar.
Pelaksanaan itu akan dibuat menerusi kerjasama dengan Malaysian Community Care Foundation Resources Sdn Bhd, Bintulu Port Holdings Berhad, Pertama Ferroalloys Sdn Bhd dan Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA).
"Bagi memperkasakan lagi industri ini, beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa telah menunjukkan minat untuk melabur dalam industri hiliran untuk menghasilkan produk bernilai tinggi berasaskan buluh seperti kertas tisu, bahan pembungkusan, tekstil dan biochar," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami