awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksport Malaysia meningkat 48 peratus kepada RM141 bilion pada Ogos

Bernama
Bernama
20/09/2022
06:19 MYT
Eksport Malaysia meningkat 48 peratus kepada RM141 bilion pada Ogos
Eksport ke rakan dagang utama khasnya ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun merekodkan pertumbuhan dua digit. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdagangan Malaysia kekal kukuh pada Ogos 2022 dengan eksport meningkat 48.2 peratus kepada RM141.33 bilion, pertumbuhan dua digit yang ke-13 bulan berturut-turut, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Import melonjak 67.6 peratus kepada RM124.41 bilion dan lebihan dagangan berjumlah RM16.92 bilion.
Perdagangan meningkat 56.7 peratus kepada RM265.74 bilion berbanding Ogos 2021, pertumbuhan dua digit yang ke-19 bulan berturut-turut, katanya dalam kenyataan hari ini.
"Eksport keluaran petroleum, LNG serta barangan optik dan saintifik mencatatkan nilai bulanan tertinggi setakat ini.
"Eksport ke rakan dagang utama khasnya ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun merekodkan pertumbuhan dua digit.
"Nilai eksport bulanan tertinggi telah dicatatkan ke Jepun. Perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, masing-masing berkembang sebanyak 5.2 peratus, 5.4 peratus, 5.0 peratus dan 8.6 peratus," katanya.
Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022, katanya perdagangan meningkat 33.1 peratus kepada RM1.873 trilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
"Eksport telah melepasi RM1 trilion dalam tempoh lapan bulan, jangka masa tersingkat pernah dicatatkan bagi mencapai nilai ini, berkembang 30.3 peratus kepada RM1.014 trilion.
"Import bertambah 36.7 peratus kepada RM858.83 bilion dan lebihan dagangan naik 3.7 peratus kepada RM155.57 bilion. Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencatatkan nilai tertinggi bagi tempoh ini," katanya.
Menurut MITI, eksport barangan perkilangan pada Ogos 2022, yang mewakili 84.5 peratus daripada jumlah eksport naik 47.7 peratus tahun ke tahun kepada RM119.48 bilion, pertumbuhan dua digit yang ke-13 bulan berturut-turut.
"Eksport hasil galian (7.6 peratus syer) melonjak 59.1 peratus tahun ke tahun kepada RM10.77 bilion, merupakan pertumbuhan dua digit yang ke-18 bulan berturut-turut disumbangkan oleh pertambahan eksport LNG dan petroleum mentah.
"Eksport keluaran pertanian (7.4 peratus syer) meningkat 42.6 peratus kepada RM10.47 bilion berbanding Ogos 2021, pertumbuhan dua digit yang ke-17 bulan berturut-turut.
"Kenaikan ini disokong oleh eksport yang kukuh bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#eksoprt Malaysia
#Dagangan Malaysia
#MITI
#Import Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan