Sebanyak 1,700 buah pam dan 281 telaga tiub disediakan di kawasan pertanian di negeri yang terkesan akibat fenomena El Nino.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ia adalah antara langkah proaktif bagi menghadapi kemungkinan tanaman padi, buah dan sayuran terjejas akibat cuaca panas yang dijangka berterusan sehingga bulan Jun ini.
"Selain itu, kita juga menjadualkan semula tanaman di beberapa kawasan subsektor yang terkesan kerana kita menjangkakan impak akibat cuaca panas kepada pesawah dan petani sebulan akan datang.
"Pam-pam disediakan untuk mengepam air ke sawah, manakala telaga tiub untuk kegunaan tanaman buah dan sayuran," katanya di Dewan Negara.
Beliau menjawab soalan senator Engku Naimah Engku Taib mengenai kesan fenomena El Nino yang melanda negara dan langkah kerajaan bagi menangani fenomena itu agar tidak menjejaskan pengeluaran hasil pertanian negara.
Menjawab soalan tambahan Engku Naimah sama ada bekalan ayam dan daging terjejas akibat cuaca panas terutama menjelang bulan Ramadan, Ahmad Shabery berkata pihak kementerian telah melakukan persedian menghadapi keadaan itu.
"Untuk menghadapi bulan puasa, semua keperluan telah diatur yang bermula sekarang kadar penetasan ayam telah ditambah kerana akibat El Nino, lima hingga 10 peratus pengeluaran ayam akan berkurangan.
"Jika tidak mencukupi kita akan bersedia dengan langkah lain termasuk mengimport agar harga sentiasa dapat distabilkan," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kementerian melihat perlunya kerjasama dengan pihak berkaitan untuk persediaan meramal sebarang bencana termasuk peningkatan suhu akibat El Nino.
Katanya kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran adalah perlu bagi berkongsi maklumat untuk berdepan dengan perubahan cuaca yang akan memberi impak kepada pengeluaran hasil pertanian negara.
"Ini tanggungjawab kita sebagai kerajaan. Ada bencana yang sukar kita ramal seperti banjir dan gempa bumi, tetapi El Nino boleh diramal.
"Oleh itu sudah tentu kerjasama ini penting bagi membolehkan kementerian merancang mekanisme tertentu bagi menghadapi kesan cuaca ini terhadap hasil pertanian negara," katanya.
Bernama
Thu Apr 21 2016
SHABERY: Jadualkan semula tanaman di beberapa kawasan subsektor yang terkesan.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.
Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.
Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.
Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.
Seoul catat rekod 'malam tropika' terpanjang dalam 18 tahun
'Malam tropika' berlaku apabila suhu kekal pada 25 Celsius atau lebih tinggi dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.
Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.
Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.
Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma
Empangan Muda di Kedah, Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya.