awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak aktiviti air, Monsun Timur Laut belum berakhir

Bernama
Bernama
15/02/2022
10:10 MYT
Elak aktiviti air, Monsun Timur Laut belum berakhir
APM Terengganu akan meningkatkan pemantauan di kawasan-kawasan rekreasi air bagi memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini. - Gambar fail/ Bernama
KUALA NERUS: Orang ramai diingatkan supaya terus mengelakkan daripada melakukan sebarang aktiviti terutama rekreasi di kawasan pantai dan sungai sehingga tamat musim Monsun Timur Laut (MTL) pada Mac ini.
Ia berikutan paras air sungai beberapa daerah di negeri ini menunjukkan kenaikan sehingga melepasi paras amaran dan waspada susulan hujan lebat sejak semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Kol (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata setakat ini, Sungai Chalok di Setiu dan Sungai Telemong di Hulu Terengganu sudah melepasi paras amaran.
Menurutnya, enam lagi sungai iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit; Sungai Setiu di Kampung Besut; Sungai Nerus di Kampung Langkap; Sungai Marang di Pengkalan Berangan, Sungai Tebak Sungai Besut di Kampung Keruak pula telah melepasi paras waspada.
"Oleh itu, kita nasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan menjauhi aktiviti air kerana musim tengkujuh masih belum berakhir," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Rosman berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan di kawasan-kawasan rekreasi air bagi memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#banjir
#APM Terengganu
#Aktiviti air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan