KOTA SAMARAHAN: Rakyat Malaysia khususnya golongan yang celik teknologi dinasihatkan agar tidak melakukan pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) pada saat-saat akhir kerana ia akan mengakibatkan aliran trafik sistem itu sesak, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Beliau berkata berdasarkan jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu terkini dalam sistem berkenaan, pihaknya mendapati lebih ramai warga emas yang telah berdaftar dengan PADU berbanding anak muda yang cenderung menguasai dunia teknologi.
"Kita lihat trend ini mungkin sebab untuk kalangan warga emas di kawasan pedalaman yang tidak celik teknologi contohnya, kita bantu mereka secara bersemuka untuk daftar PADU dan program ini mendapat sambutan yang baik.
"Namun, untuk rakyat Malaysia lain yang boleh mendaftar sendiri, mereka fikir mereka masih ada masa hingga 31 Mac. Jadi, saya berharap mereka boleh terus daftar sekarang kerana sistem ini seperti lebuh raya, kalau semua masuk pada saat akhir memang akan sesak," katanya kepada pemberita selepas melawat reruai PADU pada Karnival Mini Usahawan Desa di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata melihat kepada tahap kesedaran rakyat Malaysia di negeri ini serta komitmen kerajaan negeri yang tinggi untuk menjayakan inisiatif berkenaan, Sarawak mampu menjadi antara yang terawal menyelesaikan pengemaskinian PADU sebelum 31 Mac ini.
"Buat masa ini, Sarawak negeri kedua tertinggi pendaftaran iaitu 310,000 orang ... jadi, dengan kerjasama antara agensi kerajaan negeri dan wakil rakyat, saya jangkakan usaha untuk mengemas kini profil sosial ekonomi rakyat di Sarawak dapat kita selesaikan selewat-lewatnya pada 30 Mac," katanya.
Setakat semalam, jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu adalah sebanyak 2.38 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran.
Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Jan lepas hingga 31 Mac ini dan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan 30 butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.
Sistem berkenaan dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
Mohd Uzir berkata berdasarkan jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu terkini dalam sistem berkenaan, pihaknya mendapati lebih ramai warga emas yang telah berdaftar dengan PADU berbanding anak muda. - Gambar fail/Bernama
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin diroboh - Exco Johor
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini yang sebelum ini didakwa menjadi tempat menyemai fahaman militan dan ekstremisme sudah pun ditutup pada 2001.
Resolusi Rusia kawal senjata nuklear angkasa lepas gagal
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang digubal oleh Rusia yang menyeru semua negara untuk mencegah penempatan, ancaman atau penggunaan mana-mana senjata di angkasa lepas gagal pada Isnin.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU tingkatkan pemahaman kerajaan terhadap kesejahteraan isi rumah - Penyelidikan MIDF
Pengumpulan data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu kerajaan lebih memahami kesejahteraan isi rumah
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
[KOLUMNIS] Menanti kepintaran data PADU dalam perasionalan subsidi
PADU bukanlah suatu sistem yang sempurna, tetapi ia adalah permulaan yang hebat.
Orang ramai ambil peluang terakhir daftar, kemas kini PADU
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk.
Jumlah daftar PADU cecah 10.8 juta, sasaran 50 peratus rakyat mendaftar mampu dicapai hari ini
Jumlah itu bersamaan 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 21.96 juta warganegara berumur 18 tahun ke atas.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sebanyak 9.82 juta kemas kini data dalam sistem PADU
Seramai 9.82 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.