awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak guna tanda pagar berunsur subversif - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2021
04:47 MYT
Elak guna tanda pagar berunsur subversif - Penganalisis
Kata Noor Nirwandy, penggunaan simbol termasuk '#' atau tanda pagar tertentu sering digunakan sebagai kaedah untuk menimbulkan keterujaan berhubung objektif tertentu. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan simbol '#' atau tanda pagar berunsur subversif di dalam media sosial kerana ia boleh mendatangkan ketakutan dan kegentaran awam kepada masyarakat.
Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, penggunaan simbol termasuk '#' atau tanda pagar tertentu sering digunakan sebagai kaedah untuk menimbulkan keterujaan berhubung objektif tertentu.
Jelasnya, ia khusus kepada golongan muda termasuklah dalam bentuk negatif, provokasi dan elemen radikal sekiranya ia digunakan untuk tujuan terbabit.
Tegasnya, beberapa siri penentangan serta keganasan yang berlaku di beberapa negara di dunia jelas menggunakan kaedah simbolisme berbentuk subversif yang memberikan keterujaan palsu kepada pengguna media sosial khususnya kepada golongan muda untuk membentuk gerakan penentangan dalam negara berkaitan.
"Malahan pembunuhan kejam di Christchurch New Zealand juga dikatakan bermula diakibatkan oleh pengaruh awal dari simbol pergerakan Neo Nazi melalui media sosial.
"Agensi keselamatan luar negara juga telah menyenaraikan pelbagai kumpulan ektremisme yang menggunakan simbol tertentu termasuk '#' atau tanda pagar bagi menimbulkan keterujaan kepada pengguna media sosial yang mudah dipengaruhi.
"Kumpulan seperti AtomWaffen Division (AWD) yang berlindung di bawah pergerakan sosialis mengaplikasikan simbol Neo Nazi yang berwarna hitam bagi mengujakan dan meraih sokongan terhadap pergerakan mereka khususnya dalam media sosial.
"Keterujaan palsu dan sokongan tersebut akan cuba direalisasikan dalam bentuk fizikal seperti penganjuran konvoi berkenderaan, demonstrasi jalanan serta pengibaran simbol bendera pergerakan mereka sebagai langkah mempopularkan gerakan terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Justeru ujarnya, trend dalam negara yang mula memperlihatkan kecenderungan awal menggunakan kaedah '#' atau tanda pagar dengan struktur berwarna hitam dengan elemen negatif perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa dan golongan muda dalam negara agar ia dapat ditangani dari awal.
"Orang ramai juga diminta menjadi ejen antipenentangan elemen subversif dengan melaporkan sebarang kecenderungan awal menggunakan simbol '#' atau tanda pagar yang berbentuk negatif serta subversif kepada pihak berkuasa.
"Wujudkan pusat aduan berpusat bagi penyaluran maklumat berkaitan kegiatan ini.
"Kita harus bersama dalam memastikan keamanan negara serta negara bebas dari kecenderungan awal ancaman elemen radikal serta subversif daripada mempengaruhi pengguna media sosial dan membentuk keterujaan palsu yang boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya.
Paling penting katanya, simbol '#' atau tanda pagar yang positif perlu digunakan bagi mewujudkan elemen kebersamaan khususnya semasa era pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#media sosial
#COVID-19
#pandemik
#tanda pagar
#subversif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan