Pelajar di kawasan luar bandar perlu banyak diberi pendedahan yang meluas, terutamanya berkait arus pembangunan negara.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selirik, Ujai Sambau memberitahu, meskipun tahap akademik boleh dikatakan pada tahap yang membanggakan, namun pendedahan yang lebih perlu ditekankan kepada mereka.
“Sebagai pengetua, saya anggap itu sebagai cabaran seorang pemimpin,” ujar Ujai.
“Satu tugasan yang berat. Cabaran itu bukan sahaja kepda pelajar, malah kepada guru-guru juga, terutama guru baru,” tambah beliau lagi.
Ujai berkata demikian ketika ditemubual Astro Awani di SMK Selirik, Kapit.
Justeru katanya, bagi menangani perkara tersebut, beliau perlu bijak mengendalikan masalah-masalah yang timbul.
“Personal touch itu penting. Kita perlu bantu pelajar untuk sama berkembang maju selaras dengan pembangunan negara,” tambahnya.
Turut sama berkongsi pendapat, Guru Penolong Kanan SMK Selirik, Azlinda Mohd Noor yang sudah 19 tahun berkhidmat di sekolah berkenaan.
Guru yang berasal dari Negeri Sembilan ini menceritakan, banyak perubahan yang berlaku sejak beliau mula mengajar disini, namun pendedahan yang lebih diterapkan pada mereka.
“Perkara ini sangat penting. Nanti kalau tidak ia akan menykarkan mereka apabila mereka dapat sambunmg pengajian ke peringkat yang lebih tertinggi,” cerita beliau.
Berkongsi pengalaman, Azlinda ada mempunyai pelajar yang menangis menghubungi beliau kerana tidak dapat menerima keadaan sekitar selepas sambung pengajian di luar daripada Kapit.
“Mereka ini kurang persaingan dan terlalu selesa dengan kedudukan mereka. Jadi kita kena bantu mereka untuk menarik mereka keluat dari ‘comfort zone’ itu,” ujar Azlinda lagi.
“Kita sebagai guru kena kerja keras untuk pastikan pelajar kita tidak tercicir, berjaya setaraf pelajar di bandar,” tambah beliau.
Azlinda yang juga guru Bahasa Inggeris bagaimanapun, berbangga dengan kemajuan para pelajaranya masa kini berbanding 19 tahun lalu, sewaktu mula-mula di tempatkan di Kapit.
“Meskipun, cabaran dan dugaan itu besar, namun saya bangga dengan pelajar-pelajar saya. Mereka buktikan bahawa anak pedalaman juga tidak tercicir dan mampu berjaya seperti orang lain,” katanya menutup perbualan.
Khairunnisa Kasnoon
Mon May 20 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Dulu van buruk, kini jadi 'Library Cikgu'
Biarpun telah bersara daripada bidang pendidikan, ia tidak memudaratkan semangat Cikgu Ahmad untuk berbakti kepada masyarakat serta mendidik kanak-kanak.
Artikel dedah RM80 juta dirompak Kementerian Pendidikan, satu fitnah melampau - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini menafi sekeras kerasnya laporan tular di laman sosial sebagai fitnah cuba calar imej Dr Maszlee.
Ini penghargaan warga kerja Astro AWANI sempena Hari Guru
Warga kerja Astro AWANI teruja merakamkan ucapan terima kasih kepada individu-individu istimewa yang mereka kenang dalam profesion perguruan.