KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran untuk mempertimbangkan cadangan menganjak sesi cuti tahunan persekolahan yang dijadualkan pada penghujung tahun ke pertengahan tahun.
Ini kerana kata Pakar Meteorologi Universiti Malaya Profesor Datuk Azizan Abu Samah banyak kejadian bencana alam yang berlaku pada hujung tahun yang disebabkan musim Monsun Timur Laut.
“Pendapat saya agar kerajaan baharu boleh mempertimbangkan usaha anjakan cuti sekolah panjang ke bulan Jun, Julai atau September.
“Banyak kali negara berdepan bencana seperti kes melibatkan kanak-kanak dan keluarga yang maut akibat tanah runtuh, mati lemas dan sebagainya.
“Cadangan ini mungkin boleh diteliti bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang lagi apabila ramai pelajar yang mengambil peluang beriadah pada hujung tahun yang mana kita tahu bulan yang terdedah kepada risiko bencana alam,” katanya kepada Astro AWANI.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Operasi hari ketiga diteruskan, 9 mangsa masih hilang
Jelas beliau lagi, ibu-bapa juga harus peka dengan keadaan cuaca pada penghujung tahun dengan mengelak untuk pergi ke lokasi percutian berisiko tinggi.
“Sesi cuti panjang di sekolah United Kingdom (UK) bermula pada musim panas. Ini kerana bagi memberi laluan kepada pelajar di sana bercuti dalam cuaca lebih selesa dan kurang risiko bencana.
“Misalnya nak pergi berkhemah pun boleh. Mungkin pihak Kerajaan boleh pertimbangkan cadangan ini demi keselamatan dan keselesaan anak-anak ketika menghabiskan cuti sekolah mereka,” katanya lagi.
Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengesahkan terdapat guru dan murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Choong yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor Jumaat lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata lawatan dan perkhemahan kumpulan di lokasi terbabit bukan anjuran pihak sekolah sebaliknya merupakan kunjungan persendirian.
Faida Rahim
Sun Dec 18 2022
Menurut Azizan, ibu-bapa harus peka dengan keadaan cuaca pada penghujung tahun dengan mengelak untuk pergi ke lokasi percutian berisiko tinggi. - Twitter/ZOOLOGIMY
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Elak musim bencana alam, cadang cuti sekolah dianjak ke pertengahan tahun - Pakar Meteorologi
Kerajaan baharu mungkin boleh mempertimbangkan cadangan menganjak sesi cuti tahunan sekolah ke pertengahan tahun pada Jun atau Julai.