awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan, langkah persediaan jana pendapatan baharu
GeForce NOW perkenal had permainan 100 jam sebulan mulai Januari, Malaysia tidak terkesan
Kes 1MDB: Mahkamah Tinggi tolak pembelaan Najib berkaitan derma politik keluarga diraja Arab Saudi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak semangat nasionalisme sempit untuk jadi komuniti Asean tahun depan - Najib

Bernama
Bernama
12/11/2014
23:35 MYT
Elak semangat nasionalisme sempit untuk jadi komuniti Asean tahun depan - Najib
NAJIB: Ideologi keterlaluan dan ekstrem dalam kalangan negara Asean juga seharusnya tidak timbul demi menjaga keamanan dan keselamatan serantau. -Gambar fail
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semangat nasionalisme yang sempit perlu dielakkan kerana ia bertentangan dengan semangat Asean untuk menjadi sebuah komuniti menjelang akhir tahun depan.
Perdana Menteri berkata ideologi keterlaluan dan ekstrem dalam kalangan negara Asean juga seharusnya tidak timbul demi menjaga keamanan dan keselamatan di rantau Asean.
Selain itu, semua anggota Asean perlu memberi komitmen untuk mencapai visi mewujudkan Komuniti Ekonomi Asean menjelang 2015, kata kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri sidang plenari Asean sempena Sidang Kemuncak Asean ke-25 di sini hari ini.
Dalam sidang plenari itu, negara-negara Asean turut membincangkan keperluan visi Asean pasca 2015 dengan Najib mencadangkan agar Asean melihat 10 tahun ke hadapan serta kajian separuh penggal diadakan memandangkan dunia boleh berubah dengan pantas.
"Jadi, apa juga perancangan perlu diubah suai mengikut keadaan semasa," katanya.
Najib berkata tema 'Asean Berpaksi Rakyat' yang dicadangkan Malaysia apabila mengambil alih pengerusi Asean tahun depan mendapat sambutan dalam kalangan negara anggota.
"Asas kepada penerimaan yang kita lakukan mestilah diterima oleh rakyat, jadi rakyat mesti memahami apa sebenarnya Asean dan apa yang dilakukan oleh Asean," katanya.
Pada sidang plenari itu juga, Najib berkata beliau turut membangkitkan mengenai tindakan bersifat 'non-tarif barriers' dalam kalangan negara Asean yang menyebabkan perdagangan antara negara anggota tersekat.
"Terutamanya dari segi kelewatan proses urusan kastam, pelabelan dan syarat-syarat lain yang dikenakan," katanya.
Selain itu, perkara lain yang dibincangkan ialah rundingan perdagangan bebas antara Asean dengan enam negara lain iaitu India, China, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#ekstrem
#najib
#perdagangan bebas
#sidang kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan