IPOH: Sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menghasilkan gelang penanda beg yang dinamakan sebagai Reminder Art Craft bagi membantu jemaah umrah di tanah suci Mekah daripada masalah tertukar beg atau bagasi.
Penghasilan penanda beg yang menggunakan getah elastik, velcro tape, benang sulam, labuci, manik dan butang melibatkan lima pelajar daripada Fakulti Seni Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) UPSI bagi memenuhi keperluan kursus Insan Guru Profesional (KPG3013) membabitkan 'Projek Santun Masyarakat'.
Seorang pelajar berkenaan Muhammad Syahmi Syahbuldin, 23, berkata idea bagi menghasilkan penanda beg itu tercetus setelah mengadakan sesi kuliah bersama penyelaras kursus tersebut Dr Harleny Abd Arif yang berkongsi pengalaman beliau melaksanakan umrah sebelum ini.
Muhammad Syahmi yang berasal dari Sri Aman, Sarawak, berkata idea itu juga tercetus apabila mereka berjumpa dengan satu agensi yang membawa para jemaah untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah iaitu Tiram Travel (Tiram Travel) Sdn Bhd cawangan Tanjung Malim pada Mei lepas.
"Mereka memberitahu beberapa masalah yang sering dihadapi para jemaah Tiram Travel iaitu antaranya kesukaran untuk mengenal pasti beg masing-masing dan daripada situ tercetusnya idea kami untuk menghasilkan produk berbentuk penanda beg ini yang diberi nama Reminder Art Craft," katanya kepada Bernama.
Muhammad Syahmi berkata untuk penghasilan produk itu, mereka mengambil masa selama seminggu bagi menyiapkan penanda beg berkenaan sebanyak 50 unit setelah membuat analisis bahan perlu digunakan sebelum bersetuju menggunakan getah elastik sebagai bahan asas produk tersebut.
Pelajar semester lima jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian itu berkata setiap ahli kumpulan mempunyai peranan masing-masing dalam penghasilan produk, antaranya memotong getah elastik kepada beberapa bahagian dan penghasilan corak, yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyiapkan satu unit penanda beg.
Sementara itu, rakan kumpulannya Al Suhaimi Alsim, 23, berkata setakat ini mereka hanya menghasilkan 50 unit penanda beg itu, dengan 35 daripadanya telah diberikan kepada jemaah umrah Tiram Travel pada bulan lepas.
Dalam pada itu, Harleny yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Seni dan Reka Bentuk, FSKIK UPSI berkata perkara paling penting dalam penghasilan penanda beg itu adalah ia memanfatkan pelajar berkenaan serta masyarakat secara amnya dan produk tersebut boleh dihasilkan sekiranya terdapat peluang.
"Kalau kata dari segi nak komersialkan itu adalah apa sahaja yang dibuat, sama ada skala paling kecil, mudah atau sederhana, selagi ia memberi manfaat kepada diri kita sendiri atau masyarakat, kenapa tidak? Kita perlu bermula dari sekarang," katanya.
Menurut Harleny setiap wakil keluarga telah diberikan produk yang sama warnanya bagi memudahkan pengecaman sekiranya berlaku kekeliruan mengenal pasti beg dalam kalangan jemaah umrah Tiram Travel pada bulan lepas.
Selain itu, beliau berkata sekiranya selepas ini ada pihak yang mahu berbincang untuk penambahbaikan terhadap penanda beg itu yang akan memberi manfaat kepada komuniti, idea mereka amatlah dialu-alukan.
Menurutnya sebagai seorang pensyarah, beliau hanya merupakan fasilitator, memberi bimbingan, aspirasi dan motivasi kepada pelajarnya untuk menyiapkan serta melakukan suatu tugasan dengan sebaik mungkin.
"Sekiranya ada kita kata hasrat pihak-pihak lain yang nak komersialkan (penanda beg tersebut), insya-Allah kita berbincang dan apa sahaja untuk kebaikan diri kita, masyarakat bagi saya, kita raikan insya-Allah kita boleh ke arah yang lebih baik, memberi manfaat kepada komuniti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Idea itu tercetus apabila mereka berjumpa dengan satu agensi yang membawa para jemaah untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (31 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 01 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
InvestKL jadi anak syarikat MIDA berkuat kuasa 1 Jun - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mula menggabungkan semua fungsi agensi-agensi penggalakan pelaburan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
AWANI Tonight: 31 May 2024
#AWANITonight with @sarayamia
1. China: Visa free travel for M'sians extended to 30 days
2. NGOs call for stronger commitment to end gender discrimination
#AWANIEnglish #AWANINews
1. China: Visa free travel for M'sians extended to 30 days
2. NGOs call for stronger commitment to end gender discrimination
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Ringkas: Kes Pukul OKU | Infrastruktur | Pesta Kaamatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM arah usaha banteras kecurian diesel di seluruh Malaysia dipergiat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi penguatkuasa yang berkaitan untuk mempergiat operasi terhadap penyalahgunaan dan kecurian diesel di seluruh Malaysia.
AWANI 7:45 [31/05/2024] - Tiada yang akan terlepas | Beri tender kepada yang layak | Harga Musang King dijangka naik
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Polis panggil pegawai kes pukul OKU, TMJ tegaskan jangan kait institusi raja
PM ingatkan bagi projek pada yang layak, jangan sampai lingkup
Kesan cuaca panas, pengeluaran Musang King jatuh 70%
China lanjutkan pengecualian visa pelancong Malaysia kepada 30 hari
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Polis panggil pegawai kes pukul OKU, TMJ tegaskan jangan kait institusi raja
PM ingatkan bagi projek pada yang layak, jangan sampai lingkup
Kesan cuaca panas, pengeluaran Musang King jatuh 70%
China lanjutkan pengecualian visa pelancong Malaysia kepada 30 hari
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Ringgit ditutup rendah menjelang pengumuman data inflasi AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas unit negara maju itu meneruskan peningkatan menjelang pengumuman data inflasi lewat hari ini.
Pasaran getah ditutup rendah, alami pembetulan teknikal
Pada 5 petang, harga penutup MRB untuk SMR 20 adalah 827 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 784 sen sekilogram.
Secara jujurnya saya sendiri agak malu - Ahmad Faizal
Pemimpin politik, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan beliau agak malu kerana semangat yang ditunjukkan ke atas penduduk Gaza di negara ini tidak sehebat di negara luar.
Elak tertukar bagasi, pelajar UPSI hasilkan penanda beg bantu jemaah umrah
Penghasilan penanda beg yang menggunakan getah elastik, velcro tape, benang sulam, labuci, manik dan butang melibatkan lima pelajar.