awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elaun bulanan imam diselaraskan Jakim

Sinar Harian
Sinar Harian
02/01/2024
01:40 MYT
Elaun bulanan imam diselaraskan Jakim
Kerajaan Persekutuan melalui Jakim membayar elaun bulanan RM850 kepada Imam Rawatib (Imam 1 dan 2) berdasarkan senarai daftar serta disahkan kerajaan negeri. - Gambar hiasan/BERNAMA
SHAH ALAM: Kadar elaun bulanan RM850 yang diterima imam di seluruh negara telah diselaraskan jumlahnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai bayaran asas sahaja dan sebarang tambahan tertakluk kepada pentadbiran kerajaan negeri.
Dekan Fakulti Syariah dan Undang Undang Universiti Sains Islam Antarabangsa (USIM), Profesor Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh berkata, ia kerana hal ehwal dan urusan agama Islam terletak di bawah bidang kuasa pengurusan negeri serta wilayah persekutuan, termasuk pentadbiran masjid.
Justeru menurutnya, semua pihak perlu menerima ketetapan tersebut dan berlapang dada atas kepelbagaian yang diamalkan kerajaan negeri masing-masing.
“Setahu saya, elaun memang telah diselaraskan cuma perbezaan yang ada hanyalah mengenai jumlah tambahan diberikan oleh negeri.
“Perlu diingatkan bahawa kelayakan elaun ini adalah untuk imam yang dilantik oleh Jakim dan berdaftar sahaja.
“Namun, sekiranya ada kemampuan Jakim menambah jumlah elaun yang dibayar, pastinya hal tersebut lebih baik sesuai dengan keadaan ekonomi semasa,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar bahawa kadar elaun diterima imam di seluruh negara berbeza di beberapa negeri kerana terdapat kerajaan negeri yang memberi peruntukan tambahan.
Jelasnya, Kerajaan Persekutuan melalui Jakim membayar elaun bulanan RM850 kepada Imam Rawatib (Imam 1 dan 2) berdasarkan senarai daftar serta disahkan kerajaan negeri.
Bagaimanapun, Nik Salida Suhaila memaklumkan, ia bukan soal mahu memberi elaun tambahan atau sebaliknya, tetapi tahap kemampuan pengurusan dalam mengambil kira sebarang perkara yang wajar diutamakan terlebih dahulu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#elaun bulanan
#imam
#JAKIM
#Nik Salida Suhaila Nik Saleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan