SHAH ALAM: Tekanan yang dibuat terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) sejak kebelakangan ini tidak sesekali melunturkan semangat kepimpinan dan ahli Pas.
Sebaliknya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia mengingatkan partinya erti sunnatullah dalam perjuangan yang penuh mehnah atau ujian.
Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, pihaknya juga sentiasa mengalu-alukan sebarang saranan serta turut membuka ruang penambahbaikan demi kesejahteraan semua pihak.
"Sekuat mana pun ujian dan gangguan, Pas semakin membesar dan matang di persada negara. Pas sentiasa menjadi rujukan oleh kebanyakan ilmuan.
"Institusi ini ialah jihad pendidikan yang dilakukan Pas untuk negara dan dengan bantuan ALLAH SWT ia diterima baik kebanyakan masyarakat," katanya menerusi hantaran di X pada Sabtu.
Menerusi hantaran itu, Tuan Ibrahim turut berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan bersama guru Pasti di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.
Sebelum ini, tular memo daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia mengenai satu arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti selain SRITI dan SMITI yang didakwa membayar gaji rendah kepada kakitangan di bawah daripada kadar gaji minimum iaitu RM1,500.
Susulan itu, pelbagai pihak memberi reaksi termasuk meminta agar isu berkaitan gaji kakitangan di pusat pendidikan seliaan Pas itu diteliti semula.
Sementara itu, Tuan Ibrahim pada masa sama turut mengakui partinya tidak pernah bebas daripada tekanan dan gangguan.
Malah katanya, bekas Mursyidul Am Pas, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga menerima ujian dan cercaan pihak yang tidak sealiran dengan mereka.
"Banyak pimpinan dan ahli Pas dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dek kerana bersama menggerakkan perjuangan Pas," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 24 2024
Tuan Ibrahim berkata, ia mengingatkan partinya erti sunnatullah dalam perjuangan yang penuh mehnah atau ujian. - Foto Bernama
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggap polis 'musuh', 'layak dibunuh' dipercayai antara motif - Pakar
Mohd Mizan berkata kumpulan terbabit menyasarkan balai polis kerana dipercayai bagi tujuan pemilikan senjata api.
Elaun guru Pasti: Pas buka ruang penambahbaikan
Tekanan dibuat terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sejak kebelakangan ini tidak sesekali melunturkan semangat kepimpinan dan ahli Pas.