KUALA LUMPUR: Biarpun berbaki setahun lagi untuk dilaksana namun komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan MADANI bagi menambah baik skim upah lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam sedikit melegakan 1.6 juta petugas di seluruh negara.
Keseriusan ini dapat dilihat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim acap kali memberi jaminan malah terbaharu ketika melancarkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) pada Selasa sekali lagi menegaskan akan menyegerakan pelarasan gaji penjawat awam yang kali terakhir disemak pada 2012 iaitu lebih 10 tahun lepas.
Bakal dilaksana pada 2025, kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) adalah bertepatan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang boleh diibaratkan sebagai kerangka 'rumah lama' kerana sudah digunakan sejak 2002 dan tidak lagi relevan dengan persekitaran ekonomi semasa negara.
Apatah lagi dengan peningkatan kos sara hidup yang begitu drastik ketika ini berbanding pendapatan diterima menyebabkan skim pelarasan gaji penjawat awam tidak boleh dilengahkan lagi, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr Adnan Mat.
Meskipun begitu, beliau berkata, pemberian elaun khas wajar dipertimbang sementara menunggu pelarasan gaji pada 2025 bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam khususnya di kawasan bandar ketika ini.
"Sekiranya isu kewangan menjadi kekangan kerajaan ketika ini, mungkin boleh dipertimbang elaun khas terlebih dahulu sementara menunggu pelarasan gaji SSPA. Selepas SSPA dimuktamadkan kelak dan berlaku kenaikan gaji maka kerajaan boleh mansuhkan bayaran elaun khas tersebut," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Beliau berkata, usaha ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan gaji bersih penjawat awam sekali gus membantu mereka mendepani situasi sukar dalam menangani beban ekonomi yang semakin mencabar selepas pandemik COVID-19.
Biarpun langkah pelarasan gaji adalah sesuatu yang baik namun struktur baharu yang akan diperkenal perlu lebih mampan dan kompetetif bagi meningkatkan taraf hidup penjawat awam serta produktiviti mereka, kata pensyarah Pentadbiran Awam Universiti Putra Malaysia, Noor Mohamad Shakil Hameed.
Bersifat serampang dua mata, peningkatan taraf hidup juga membolehkan penjawat awam memiliki kuasa beli yang lebih baik berbanding sebelumnya sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Justeru, beliau mengharapkan agar kajian SSPA dapat dimuktamadkan segera dan dilaksanakan tahun ini berbanding perancangannya pada 2025 kerana ramai penjawat awam khususnya gred rendah terpaksa melakukan dua kerja bagi menampung kehidupan di bandar.
"Skim gaji lebih mampan akan menyuntik semangat serta motivasi penjawat awam untuk meningkatkan prestasi kerja apabila mereka lebih produktif, berdaya saing dan komited melaksanakan tugas yang diamanahkan.
"Ini kerana pembayaran upah adil dilihat sebagai satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan serta dedikasi penjawat awam selain dapat menangani masalah integriti yang sering dikaitkan dengan mereka kerana ada sesetengahnya menerima rasuah bagi menampung gaji yang kecil," katanya.
Pada 14 Julai 2023, kerajaan bersetuju mengkaji semula SSM dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup berikutan tiada semakan gaji dibuat sejak 2012.
Susulan itu, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) diadakan pada 7 Ogos tahun lepas bagi membincangkan kajian SSPA sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam.v- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan MADANI bagi menambah baik skim upah lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam sedikit melegakan 1.6 juta petugas di seluruh negara. - Gambar hiasan
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Elaun khas penjawat awam sebelum pelarasan gaji wajar dipertimbang
Komitmen Kerajaan MADANI bagi menambah baik skim upah lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam sedikit melegakan 1.6 juta petugas di seluruh negara.