awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Emman Azman, juara gusti di Australia tiba di Malaysia esok

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2022
07:16 MYT
Emman Azman, juara gusti di Australia tiba di Malaysia esok
Selepas lama berkelana di Australia, Emman yang digelar "Golden Boy" itu akan pulang ke Malaysia pada Jumaat ini, kira-kira jam 3.30 petang bagi meraikan kejayaannya itu bersama rakyat Malaysia.
KUALA LUMPUR: Namanya mungkin tidak begitu dikenali namun anak muda berusia 21 tahun ini memasang impian besar, mahu sukan ‘pro wrestling’ mendapat tempat di Malaysia.
Mula bergusti secara profesional sejak berumur 13 tahun, Emman Azman mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth pada 26 November lepas.
Beliau merupakan anak tempatan pertama memenangi kejohanan itu selepas menewaskan dua penggusti lain yang juga penggusti pilihan dalam kejohanan itu, Mick Moretti dan Adam Brooks.
Selepas lama berkelana di Australia, Emman yang digelar “Golden Boy” itu akan pulang ke Malaysia pada Jumaat ini, kira-kira jam 3.30 petang bagi meraikan kejayaannya itu bersama rakyat Malaysia.
Beberapa media sebelum ini melaporkan, selepas kejayaan di Australia, Emman dilaporkan mahu mengembangkan bakatnya ke negara lain dan mempopularkan sukan tersebut di Malaysia.
“Misi terbaharu saya ialah di Jepun, Amerika Syarikat, Thailand, Taiwan, dan Asia Tenggara. Saya harap dapat masuk ke Jepun dan mewakili Malaysia.
“Saya nasihatkan cuba jadi ahli gusti dan kalau suka boleh teruskan. Kalau nak ada impian, saya tegaskan untuk cuba sahaja,” katanya.
Untuk rekod, ketika berusia 13 tahun, Emman merupakan salah seorang daripada empat pelajar pertama di Malaysia Pro Wrestling Centre.
Gusti profesional sebelum ini pernah menjadi bualan selepas bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menyatakan sokongan terhadap sukan itu, mencadangkan kerajaan membantu mengembangkan industri tersebut.
Maszlee optimis sukan terbabit mempunyai potensi besar walaupun dikategorikan sebagai hiburan.
Sokongan itu mendapat respons positif hli gusti profesional Ayez Shaukat Fonseka Farid dan Nor “Phoenix” Diana yang mengalu-alukan cadangan itu.
Topic Berkaitan
#Pro Wrestling
#Emman Azman
#MCW
#gusti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan