GEORGE TOWN: Simpanan air Empangan Air Itam, di Pulau Pinang hanya mampu bertahan untuk 40 hari, manakala Empangan Teluk Bahang pula (146 hari) susulan cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari, berkata jika hujan tidak turun di kawasan tadahan, empangan tersebut dijangka kehabisan sumber air yang akan menjejaskan ratusan ribu pengguna.
Zairil berkata, setakat 8 Mei, Empangan Air Itam merekodkan paras 41.5 peratus manakala empangan Teluk Bahang pada paras 48.1 peratus.
Katanya, taburan hujan rendah di kawasan tadahan air (KTA) empangan dan penggunaan air yang tinggi menjadi dua faktor utama menyebabkan kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang menurun.
"Walaupun hujan banyak tahun ini melebihi tahun lepas tetapi ia tidak hujan di kawasan betul (KTA) maka ia jadi air yang membazir kerana tidak masuk ke dalam empangan.
"Kita sudah laksana operasi pembenihan awan first round ada peningkatan tetapi ia tidak mencukupi, malah untuk Empangan Air Itam sekiranya tidak hujan ia bertahan 40 hari sahaja, ia paling kritikal..
"Selain itu, penggunaan air sangat tinggi (juga menyebabkan paras air turun)," katanya.
Zairil berkata demikian pada sidang media berhubung situasi empangan terkini di Pulau Pinang di Komtar, Pulau Pinang pada Selasa.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd, K Pathmanathan.
Menurut Zairil, Empangan Air Itam membekalkan air kepada pengguna di bandar Air Itam, Paya Terubong dan kawasan sekitarnya membabitkan kira-kira 30,000 orang.
Sementara Empangan Teluk Bahang pula membekalkan air kepada 500,000 pengguna di sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya.
Zairil berkata meskipun operasi pembenihan awan telah dijalankan di kawasan-kawasan tadahan air awal Mei lepas namun ia masih belum dapat memenuhkan kawasan empangan.
Susulan itu, pihaknya berharap operasi pembenihan awan gelombang kedua di Pulau Pinang dapat dilakukan dalam masa terdekat bagi memastikan kapasiti air di kawasan tadahan terus meningkat.
Dalam pada itu, penduduk negeri itu diminta menggunakan sumber air dengan berhemah dan tidak melakukan pembaziran bagi memastikan tidak berlaku krisis air yang kritikal.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue May 09 2023
Setakat 8 Mei, Empangan Air Itam merekodkan paras 41.5 peratus manakala empangan Teluk Bahang pada paras 48.1 peratus. - Gambar/ Astro AWANI
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
Cuaca panas: Pulau Pinang arah PBAPP susun pelan tindakan, pastikan empangan bertahan
Kerajaan Pulau Pinang telah mengarahkan PBAPP untuk menyusun semula pelan tindakan bagi memastikan rizab air mentah di Empangan Air Itam dapat bertahan sehingga 120 hari lagi.
'Empangan Air Itam hanya mampu bertahan 40 hari, jimat air' - Exco Pulau Pinang
Simpanan air Empangan Air Itam, di Pulau Pinang hanya mampu bertahan untuk 40 hari, manakala Empangan Teluk Bahang pula (146 hari) susulan cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini.
Jimat penggunaan air semasa tempoh cuaca panas dan kering
Jumlah paras air di empangan tertentu agak kurang berbanding biasa kerana negara sedang berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut.
Catuan air di Melaka jika paras air empangan tidak memuaskan - Idris Haron
Melaka akan melaksanakan catuan air dalam tempoh dua minggu daripada sekarang sekiranya paras air di tiga empangan di negeri ini kekal pada paras tidak memuaskan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris H