awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empangan Air Itam menyusut

Bernama
Bernama
30/01/2024
13:00 MYT
Empangan Air Itam menyusut
Kapasiti efektif Empangan Air Itam di sini mengalami penurunan mendadak dengan penyusutan sehingga paras 33.7 peratus berikutan musim panas dan kering yang telah bermula. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Kapasiti efektif Empangan Air Itam di sini mengalami penurunan mendadak dengan penyusutan sehingga paras 33.7 peratus berikutan musim panas dan kering yang telah bermula.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) K.Pathmanathan berkata air dari empangan itu juga digunakan untuk menampung keperluan pengguna di bahagian pulau susulan kejadian paip pecah di dasar Sungai Perai, Butterworth awal bulan ini.
"Penyusutan di Empangan Air Itam itu agak mendadak kerana sekarang ini musim kering dan penggunaan air yang tinggi, malah kita turut mengunakan air untuk tampung bekalan di sebelah pulau selepas kejadian Sungai Perai.
"PBAPP akan memuktamadkan langkah yang akan diambil bagi meningkatkan kapasiti air di Empangan Air Itam selepas pelan B iaitu kerja-kerja pemasangan paip baharu 600mm merentasi Sungai Perai siap sepenuhnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Empangan Air Itam merekodkan kapasiti efektif 83 peratus pada 1 Dis lepas, namun penggunaan air di empangan itu ditingkatkan bagi menampung kegunaan penduduk yang terjejas akibat kejadian paip pecah itu.
Sementara itu, Empangan Teluk Bahang dekat sini mencatatkan paras 88.1 peratus manakala Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam berada pada paras 90.1 peratus.
Sebagai rekod, tahap waspada pertama adalah pada kadar 50 peratus, tahap kedua (40 peratus) dan tahap ketiga ialah 30 peratus dan ke bawah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Empangan Air Itam
#menyusut
#musim panas dan kering
#PBAPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan