IPOH: Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan hingga mengorbankan empat beranak di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Ipoh pada Rabu telah ditahan untuk siasatan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tahanan terhadap lelaki berusia 34 tahun itu dibuat bagi siasatan kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu.
Menurutnya, semakan dilakukan mendapati, lelaki terbabit turut mempunyai 13 rekod kesalahan saman trafik dari tahun 2008 hingga 2021.
Kesemua jenazah empat beranak dikafan dan disembahyangkan di hospital sebelum dibawa ke Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk urusan pengebumian.
"Tiga daripada saman berkenaan adalah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2012, 2020 dan 2021.
"Ujian air kencing dijalankan mendapati, lelaki itu tidak memandu di bawah pengaruh dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
BACA: Anak bongsu hilang kata-kata, empat ahli keluarga pergi sekali gus
BACA: Nahas 7 kenderaan: Empat beranak dikebumi dalam satu liang lahad
Beliau berkata, siasatan mendapati, treler bermuatan kosong yang dalam perjalanan dari arah Taiping ke Bukit Beruntung itu telah merempuh kenderaan dinaiki mangsa dari arah belakang.
Katanya, rempuhan mengakibatkan kereta jenis Proton Persona dinaiki empat sekeluarga itu mengelongsor ke hadapan lalu melanggar lima lagi kenderaan lain.
"Pemandu kereta, seorang lelaki berusia 60 tahun, isterinya yang duduk di hadapan dan dua anak perempuan mereka yang duduk di bahagian penumpang belakang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kejadian turut menyebabkan lima kenderaan lain mengalami kerosakan teruk, namun semua pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Tarmini Che Hassan di talian 013-5949441.
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang, empat beranak yang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur itu maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam nahas tujuh kenderaan.
Mangsa yang maut merupakan pesara polis, Koperal Rahim Ramli, 60, bersama isteri, Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak perempuan mereka, Nor Nadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27.
Kesemua jenazah yang selesai menjalani bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh itu telah dibawa ke Permatang Pasir, Permatang Pauh di Pulau Pinang lewat malam Rabu untuk urusan pengebumian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 14 2022
Anak mangsa (tengah) hadir ke Jabatan Forensik HRPB, Ipoh, malam tadi bagi proses pengecaman dan tuntutan jenazah. - Foto Sinar Harian
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Empat beranak maut kemalangan: Pemandu treler ditahan
Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan untuk siasatan atas kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu.
Anak bongsu hilang kata-kata, empat ahli keluarga pergi sekali gus
Kali terakhir Mohamad Hazman bertemu keluarganya itu pada Selasa sebelum dia pulang ke Perlis untuk menjalani latihan Industri.
4 sekeluarga maut dalam perjalanan hantar anak baru dapat kerja
Ketika kejadian sekitar jam 3 petang itu, semua mereka yang menaiki kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur.