awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas 7 kenderaan: Empat beranak dikebumi dalam satu liang lahad

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2022
23:10 MYT
Nahas 7 kenderaan: Empat beranak dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah empat mangsa kemalangan disolatkan di Masjid Jamek Permatang Pasir, Pulau Pinang. - Foto Astro AWANI
PERMATANG PAUH: Suasana pilu menyelubungi pengebumian empat beranak yang terkorban dalam nahas tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Ipoh, Perak, pada Rabu.
Jenazah pesara polis, Koperal Rahim Ramli, 60 tahun, dan isteri, Siti Petimah Omar, 59 tahun, serta dua anak mereka iaitu Nor Hadirah, 28 tahun, dan Nor Hamizah, 27 tahun, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.
Jasad mereka disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Permatang Pasir, Pulau Pinang, kira-kira jam 3.15 pagi ini.
Terdahulu, jenazah dibawa menaiki van yang berlepas dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira jam 11.30 malam.
Jenazah tiba di masjid berkenaan pada jam 1.20 pagi dan disolatkan sebelum dikebumikan.
BACA: 4 sekeluarga maut dalam perjalanan hantar anak baru dapat kerja
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Dalam kejadian jam sekitar 3 petang Rabu, empat sekeluarga yang menaiki kereta Proton Persona maut akibat tersepit selepas terbabit nahas membabitkan enam kereta dan sebuah treler.
Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju ke Kuala Lumpur untuk menghantar Nor Hadirah yang baru mendapat kerja di ibu negara.
Topic Berkaitan
#empat beranak maut kemalangan
#kebumi dalam satu liang lahad
#Lebuhraya Utara-Selatan
#kemalangan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan