KLUANG: Empat individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Taman Sri Lambak dikenakan kompaun sebanyak RM 20,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kluang bersama petugas KKM menjalankan operasi bersepadu di kawasan sebelum mengesan empat lelaki terbabit berada di balkoni rumah.
"Hasil siasatan mendapati tiga lelaki berkenaan datang ziarah ke rumah salah seorang penghuni sempena Hari Raya Aidilfitri di mana aktiviti itu tidak dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara ( MKN).
"Pihak KKM telah mengeluarkan sebanyak empat kompuan di bawah Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, polis menyeru orang ramai agar mematuhi arahan dikeluarkan MKN bagi mengekang penularan COVID-19.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan di mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Kluang melalui talian 077784222 atau hotline 077766822, talian terus 077784256 atau tablet DCC 0143656822.
Sementara itu, kehadiran petugas KKM dan polis di kawasan Taman Sri Lambak yang memantau pelanggaran SOP PKP tular di media sosial.
Artikel asal di Sinar Harian: Empat individu ziarah Aidilfitri dikompaun RM20,000
Sinar Harian
Sun May 16 2021

Empat individu melanggarkan SOP PKP di Taman Sri Lambak dikenakan kompaun RM20,000. -Sinar Harian

Cabaran getir buat skuad badminton negara dalam Piala Sudirman
Malaysia dijangka berdepan laluan sukar pada Kejohanan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou, China.

Warga emas parah rumah dirempuh MPV meninggal dunia
Mangsa, Rahimah Abdul Majid, 82, meninggal dunia pada jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.

Bakal jemaah Haji berpeluang dapatkan Pakej Rahmah
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Malaysia terbuka untuk perbincangan semula pembinaan
Malaysia terbuka untuk mengadakan perbincangan semula berhubung pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang sebelum ini dihentikan.

Status pemulihan air di mencapai 25.5 peratus
Susulan gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam. Air Selangor memaklumkan, sehingga pukul 12 tengah hari Sabtu, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 25.5 peratus

Ditegur baca doa laju, lelaki bertindak pukul bapa
Seorang lelaki diberkas selepas memukul bapanya menggunakan kerusi ketika berbuka puasa dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada Jumaat. Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Fokus Minggu Depan: Untung nasib peniaga di bulan Ramadan
Fareez Azman, Wartawan Astro AWANI

Wanita mohon maaf rempuh enam gerai bazar Ramadan
Kejadian lebih kurang jam 10 pagi itu berlaku ketika dia hendak meletakkan kenderaannya di situ susulan kedai sewanya berhampiran lokasi tersebut.

1,839 premis seluruh negara diperiksa sepanjang dua hari Ramadan - KPDN
Daripada jumlah itu hanya tiga premis dikompaun atas kesalahan kecil seperti tidak mempamer tanda harga dan alat penimbang tamat tempoh.

KKD kaji tingkatkan kompaun kes kebocoran data peribadi - Teo
Teo Nie Ching berkata ini kerana ketika ini kadar kompaun atau denda yang dikenakan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Op Gempur: 107 kompaun dikeluarkan kes cemar alam sekitar
Dalam masa sama, sebanyak 20 arahan di lapangan serta 30 notis arahan dikeluarkan, di samping satu penahanan operasi kelengkapan.

MCMC keluar 112 kompaun bernilai lebih RM4 juta bagi tahun 2022
Sebanyak 106 kompaun telah dikeluarkan kepada pemegang lesen MCMC dengan nilai kompaun sebanyak sebanyak RM4.616 juta.

Kompaun lebih RM500,000 kepada pengeluar, pemborong dan peruncit ayam, telur ayam - KPDNHEP
Kompaun dikeluarkan menerusi 2,205 tindakan penguatkuasaan bagi membanteras pencatutan harga barangan kawalan bersubsidi.

Gagal kibar Jalur Gemilang, 52 premis dikompaun
Sebanyak 52 premis perniagaan di negeri ini yang gagal mematuhi arahan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM26,000.

Kompaun RM1,000 berserta intipan, jadikan 'hotspot' sampah haram mulai bersih
Richard berkata, beliau sendiri dapat melihat perubahan di kawasan yang dahulunya sering menjadi tumpuan pembuangan sampah haram.

Bulan Kemerdekaan: MBI kompaun premis perniagaan enggan pasang Jalur Gemilang
Pendekatan diambil selaras peruntukan di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan, atas kesalahan melanggar syarat lesen.

Masih berdegil, 15 dikompaun RM1,000 buang sampah haram - Datuk Bandar
Datuk Bandar berkata pihaknya tegas dalam melaksanakan kompaun itu, dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Buang sampah secara haram di Ipoh, kompaun RM1,000 tanpa rayuan menanti anda!
Mengenakan kompaun merupakan langkah terakhir setelah tindakan lain tidak diendahkan oleh warga kota.