awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakan Muda jadi mekanisme perkasa jawatankuasa di masjid - KBS
Selepas tawanan Israel terakhir ditemui, Gaza tuntut bantuan dan pembukaan lintasan Rafah
Kebakaran tanah gambut di Punggai merebak, asap tebal selubungi kawasan perumahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat kawasan Port Dickson dijangka alami air pasang besar

Bernama
Bernama
14/10/2016
14:10 MYT
Empat kawasan Port Dickson dijangka alami air pasang besar
Fenomena itu dijangka berlaku esok sehingga 20 Okt yang menyebabkan ketinggian paras ombak mencapai 2.5 meter hingga 3.5 meter. -Gambar hiasan
Empat kawasan di pusat peranginan Port Dickson termasuk Pantai Bagan Pinang, Batu 3 dan Pantai Saujana, Batu 4 dijangka mengalami fenomena air pasang besar.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Port Dickson Muhammad Isa Md Onzer berkata kawasan lain ialah Pantai Teluk Kemang di Batu 8 dan Pantai Tanjung Biru atau Blue Lagoon di Batu 10.
Beliau berkata fenomena itu dijangka berlaku esok sehingga 20 Okt yang menyebabkan ketinggian paras ombak mencapai 2.5 meter hingga 3.5 meter.
"Justeru itu, para pengunjung dinasihatkan peka dengan fenomena air pasang besar dan mematuhi semua arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga akan mengibarkan bendera merah di menara penyelamat pantai sebagai tanda amaran kepada pengunjung supaya tidak melakukan aktiviti pantai dalam tempoh berkenaan.
Selain itu, nelayan bot-bot kecil diminta mengehadkan aktiviti di pantai sebagai langkah keselamatan. -Gambar fail
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#Pantai Bagan Pinang
#Pantai Saujana
#Port Dickson
#pusat peranginan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan