NATIONAL
Empat kereta kemalangan akibat pemandu mengantuk

Siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan dua hala yang lurus dengan garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan. -Gambar: Twitter/JBPM
Sepasang suami isteri maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM24.5, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi dekat sini, pagi tadi.
Mangsa Abdullah Asri @ Amat, 60, bersama isterinya, Mariyatul Batang, 51, maut di lokasi kejadian akibat kecederaaan parah di kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman kemalangan jam 9.40 pagi itu berlaku selepas pemandu kenderaan pelbagai guna menghala ke sungai rengit masuk ke laluan bertentangan akibat mengantuk.
Ia menyebabkan kenderaan itu bertembung dengan tiga lagi kenderaan.
Siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan dua hala yang lurus dengan garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan.
Permukaan jalan kering dan cuaca baik pada waktu pagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami