awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
Keputusan kes 1MDB Najib esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lagi ditahan bantu siasatan i-Serve, MyAirline

Bernama
Bernama
26/10/2023
22:15 MYT
Empat lagi ditahan bantu siasatan i-Serve, MyAirline
Ramli berkata mereka terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita tempatan berusia lingkungan 30 hingga 62 tahun. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lagi individu pada Khamis bagi membantu siasatan kes syarikat pelaburan i-Serve dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah, MYAirline.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita tempatan berusia lingkungan 30 hingga 62 tahun.
Beliau berkata tiga individu berkenaan ditahan pada jam 1 hingga 1.30 tengah hari selepas memberi keterangan di Pejabat JSJK di Menara KPJ di sini manakala seorang lagi di kawasan Bukit Tunku di sini.
Pada 17 Okt lepas, polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' serta isteri dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Susulan itu, polis menahan seorang lagi ahli perniagaan berhubung aktiviti pengubahan wang haram membabitkan syarikat penerbangan berkenaan, namun keempat-empat individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#i-Serve
#MYAirline
#pemegang saham
#Wanita tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan