Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yakin baki empat daripada enam serpihan yang masih belum disahkan MH370 adalah berkemungkinan besar milik pesawat komersial itu.
Jelasnya, ia berikutan bahan serpihan berkenaan adalah daripada pesawat Boeing 777.
"Daripada 22 serpihan yang ditemukan itu, enam sahaja yang telah dikenal pasti berkaitan dengan MH370. Daripada enam itu, dua sah daripada MH370, empat lagi besar kemungkinan daripada MH370 kerana ia tidak mempunyai nombor siri.
"Tetapi daripada segi bahannya adalah daripada daripada Boeing 777 kerana Boeing 777 yang hilang hanya satu iaitu MH370 kerana itu besar kemungkinan ia adalah MH370," katanya semasa ditemui media selepas menghadiri Majlis Perasmian Pertandingan Bola Keranjang 3 on 3 di Wisma MCA di sini hari ini.
Bagaimanapun, keputusan rasmi analisis empat serpihan itu akan diketahui sedikit masa lagi.
"Yang belum pasti itu kita telah hantar ke Australia untuk membuat kajian dan penyelidikan yang lebih teliti. Kita yakin sedikit masa lagi, kerana contohnya, outbound flap (kelepak luar) yang kita jumpa di Tanzania dulu ambil masa dua setengah bulan untuk memastikan semua betul dan pasti, kemudian baharulah kita buat pengumuman," tambahnya.
Beliau pada masa sama yakin kawasan pencarian MH370 adalah betul melalui serpihan-serpihan yang ditemukan di beberapa lokasi.
"Tempat yang kita cari itu memang kawasan yang betul kerana melalui serpihan-serpihan yang dijumpai di Tanzania, Afrika Selatan, Mozambique, Madagascar, semuanya menunjukkan bahawa bahan itu telah dihanyutkan dari kawasan yang kita cari," katanya lagi.
Tiong Lai juga yakin sasaran kawasan pencarian sehingga 120,000 kilometer persegi akan berjaya dicapai sehingga Disember ini.
"Yang penting sekarang bukan sahaja kita mencari serpihan, kita nak mencari MH370. Buat masa ini, kita telah habis mencari lebih kurang 110,000 persegi. Jadi, ada lagi baki tengah dibuat. Harap kita temukan MH370 ini; kita harap selesai pencarian sehingga 120,000 km persegi sehingga Disember," ujarnya.
Pada Sabtu, Liow berkata sejumlah 22 serpihan ditemukan setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania, yang mana dua serpihan disahkan manakala empat lagi hampir pasti daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang.
MH370 hilang pada 8 Mac 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Rahimah Abdullah
Sun Sep 18 2016
LIOW: Daripada enam itu, dua sah daripada MH370, empat lagi besar kemungkinan daripada MH370 kerana ia tidak mempunyai nombor siri. -Gambar fail
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Sedekad MH370: Harapan baharu pencarian semula, hapuslah spekulasi
Dianggap tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara, kehilangan itu menuntut 'kemahiran berfikir aras tinggi' pelbagai pihak.
Penumpang jatuh selepas buka pintu pesawat
Seorang penumpang Air Canada cedera selepas terjatuh kira-kira enam meter apabila dia membuka pintu pesawat baru-baru ini.
Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M
Beliau turut berdoa agar usaha mencari pesawat itu membuahkan hasil, namun jika yang sebaliknya berlaku, ia pastinya sesuatu yang sukar namun tetap perlu diterima.
MH370: Pihak berkuasa Australia semak data baharu, namun tidak syor pencarian
ATSB sedang menyemak dakwaan seorang jurutera aeronautik Britain yang mengatakan mengetahui kedudukan sebenar pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014.
Ulang tahun ke-7: Warga Ukraine kenang insiden MH17 ditembak jatuh
Penduduk tempatan membawa jambangan bunga dan potret mangsa nahas ke lokasi peringatan itu.
MH17: Malaysia tetap komited tegakkan keadilan untuk mangsa
Malaysia sentiasa komited memberi sokongan penuh untuk membawa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan.
Adakah pencarian baharu MH370 akan menyembuhkan luka lama?
Tujuh tahun telah berlalu selepas pesawat malang MH370 hilang daripada radar namun misteri Boeing 777 masih terus berlegar. Perlukah pencarian pesawat baharu dijalankan untuk menoktahkan jawapan yang
Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UK larang pesawat Boeing 777 guna ruang udara
Larangan itu susulan insiden enjin pesawat jenis Pratt & Whitney 4000-112 yang terbakar baru-baru ini di Denver.