KUALA LUMPUR: Empat langkah intervensi tambahan dilaksanakan kerajaan bagi menangani isu bekalan beras dalam negara ini diyakini mampu menstabilkan semula keadaan bekalan makanan ruji itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata ia merupakan langkah strategik yang amat diperlukan bagi memastikan bekalan beras mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik.
"Pada masa sama, ini bagi memastikan bahawa terdapatnya lebihan yang boleh diedarkan kepada pembekal apabila tiba masanya, tanpa mengira sama ada beras putih tempatan (BPT) atau beras putih import (BPI).
"Ini kerana suasana sekarang, cita rasa pasaran bukanlah penentu tetapi bekalan dan pada harga kawalan yang ditetapkan," katanya kepada Bernama.
Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam sidang media khas mengumumkan empat langkah intervensi tambahan dilaksanakan bagi menangani isu bekalan beras dalam negara, antaranya termasuk mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meningkatkan pengedaran beras putih tempatan ke kawasan luar bandar termasuk di kedai-kedai runcit.
Bagi Sabah dan Sarawak, Mohamad berkata kerajaan bersetuju untuk memberikan subsidi sebanyak RM950 setiap tan metrik bagi beras putih import (BPI) mulai 5 Okt bagi membolehkan BPI diperoleh dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10 kg.
Mengulas lanjut, Rais Hussin menggesa pengilang dan pemborong beras tempatan daripada pihak swasta yang memonopoli rantaian makanan itu untuk bekerjasama dengan FAMA, dalam usaha menyegerakan penyelesaian bekalan beras.
"Ini bererti FAMA akan bersiap siaga membantu meringankan beban kos dan tanggungan pihak swasta dari segi pergudangan dan pengangkutan apabila diperlukan, sebagai contoh ketika berlakunya lebihan bekalan...Ini boleh dilaksanakan menerusi kontrak dan perjanjian antara FAMA dan pihak swasta," katanya.
Dalam masa sama, beliau berkata kerajaan juga boleh memainkan peranan sebagai pengendali stok penimbal yang terakhir yang tidak bergantung kepada FAMA.
"Gudang-gudang yang tidak terletak di bawah kawal selia dan bidang kuasa FAMA perlu diwujudkan di bawah agensi baharu iaitu Agensi Keterjaminan Makanan. Agensi baharu ini juga boleh menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak swasta untuk menyimpan stok lebihan sebagai simpanan jangka pendek, pertengahan dan panjang," katanya.
Beliau yang menyambut baik usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Pertanian dan Kebajikan Petani India bagi memastikan kemasukan bekalan BPI dari negara itu, menyarankan supaya usaha juga dijalinkan dengan negara pengeluar beras utama seperti Vietnam.
Sementara itu, Pengarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Mohd Rafii Yusop berkata subsidi beras putih import juga harus diberi kepada penduduk di Semenanjung berikutan ramai golongan B40 di bandar, selain turut berdepan masalah kekurangan beras tempatan.
"Bagaimanapun, semua intervensi ini adalah untuk jangka pendek sahaja. Untuk keterjaminan makanan negara bagi jangka panjang, maka keluasan tanah sawah perlu ditingkatkan. Produktiviti sawah sedia ada juga perlu ditingkatkan dengan aktiviti latihan dan pengembangan pertanian supaya pesawah dapat mengamalkan amalan pertanian yang terbaik," katanya.
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Paul Selva Raj pula berkata pemberian harga borong kepada pembekal atau subsidi adalah satu langkah yang tepat, namun usaha itu haruslah dipantau bagi memastikan harga jualan kepada pengguna tidak meningkat.
"Dari segi harga kita kena pastikan juga, kalau sudah beri harga borong kepada pembekal atau subsidi beras jadi kerajaan perlu pantau perkara ini...jika harga yang dijual kepada pengguna mahal dan tidak munasabah ia hanya akan membebankan pengguna, jadi harga mestilah pada kadar yang mampu milik," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun pemberian subsidi beras bukanlah langkah efektif untuk jangka masa panjang dan kerajaan tetap perlu memikirkan langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan beras tempatan secara holistik.
"Pengeluaran beras kita pada waktu ini masih sekitar 60 hingga 70 peratus, kita tidak boleh bergantung terus dengan beras import, jadi untuk pastikan masalah bekalan beras ini dapat diatasi sebaik mungkin, pengeluaran beras perlu ditingkatkan dan usaha ke arah ini mesti dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Pada Isnin, kerajaan mengumumkan empat langkah intervensi tambahan dilaksanakan bagi menangani isu bekalan beras dalam negara. - Gambar hiasan
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
PGA8 rampas 1,000kg beras seludup di Pasir Mas
PGA8 merampas 1,000kg beras bernilai RM14,260 yang dipercayai diseludup masuk dari Thailand dalam Op Taring Wawasan.
Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel padi dan beras.
Stok fizikal beras negara mampu tampung keperluan hampir enam bulan
Stok fizikal beras negara sehingga kini adalah sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.
Kerajaan rangka dasar padi, beras demi kepentingan semua pihak
Mohamad berkata, kementeriannya mungkin mengambil masa tiga hingga empat bulan daripada sekarang sebelum mengumumkan dasar itu.
Sektor agromakanan catat pertumbuhan memberangsangkan - Mohamad Sabu
Sektor agromakanan tumbuh lebih kukuh pada 2023 dengan peningkatan 4.3 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM173.9 bilion pada 2022.
PM minta NACCOL adakan mesyuarat setiap minggu, cari solusi isu padi, beras - Syed Abu Hussin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL 2024 pada Jumaat.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.