Polis menahan empat lelaki kerana terbabit mengadakan perhimpunan haram bagi membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang diadakan berhampiran sebuah pasar raya di sini, semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata keempat-empat lelaki itu berumur antara 22 hingga 36 tahun ditahan di tempat kejadian kira-kira 3.20 petang.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Keempat-empat mereka akan dibebaskan atas jaminan polis setelah keterangan diambil," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Jalaluddin berkata polis turut merampas risalah berkaitan perhimpunan itu.
Beliau berkata terdapat kira-kira 20 orang telah berhimpun pada masa itu namun keempat-empat mereka enggan bersurai dan meneruskan perhimpunan sebelum polis menahan mereka.
Sementara itu, dua lelaki maut dan seorang parah selepas kenderaan mereka terbabas dalam kemalangan di Jalan Salor Baharu-Pasir Mas pada pukul 2 pagi ini.
`
Mereka yang maut adalah pemandu kenderaan jenis Honda Civic iaitu Mohd Asrul Afian Samsudin, 24, dan penumpang belakang Muhammad Atras Ramli, 29.
Muhammad Atras maut di tempat kejadian manakala Mohd Asrul Afian meninggal dunia di Hospital Pasir Mas manakala yang parah Azizul Abdullah, 29, kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
Dua lagi rakan mereka yang berumur berumur 29 dan 21 tahun bagaimanapun hanya cedera ringan.
Jalaluddin berkata kesemua mereka berasal dari Jertih, Terengganu dan dipercayai kenderaan ketika itu dipandu laju sehingga terbabas.
Bernama
Sun Sep 08 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar
Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta tiga pihak lain.
Maritim Malaysia bantah pencerobohan PCG Singapura
Maritim Malaysia membantah tindakan agensi penguatkuasa Polis Pengawal Pantai (PCG) Singapura yang telah memasuki perairan Malaysia pada minggu lalu.
Perancis lumpuh, ramai mogok bantah usia persaraan
Kira-kira sejuta orang dilaporkan turun ke jalan raya di seluruh negara semalam untuk tujuan itu.
Dalam masa 24 jam, petisyen bantah PRU15 di musim banjir kumpul lebih 8,000 tandatangan
Dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan, petisyen Bantah PRU15 Semasa Banjir: Selamatkan Nyawa Bukan Jawatan masih belum mendapat 10,000 tandatangan.
Rafizi lancar petisyen bantah PRU15
PRU15 semasa banjir bermakna lebih RM1 bilion akan digunakan untuk menguruskan pilihan raya.
Penduduk bantah pembinaan menara telekomunikasi di kawasan kejiranan
Penduduk mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk segera mengalihkan menara telekomunikasi yang telah siap dibina sejak minggu lepas.
Kenyataan Pengerusi PN Melaka bantah pelantikan calon Ketua Menteri palsu
Tular kenyataan media kononnya Mohd Rafiq mendakwa parti telah membuat kesilapan melantik figuran yang bukan berasal dari kilang Bersatu.
Kabinet putuskan tidak boleh ada jenama resahkan rakyat - Tuan Ibrahim
Kerajaan membuat keputusan itu berdasarkan usaha yang dilakukan Pas dalam menyatakan bantahan.
20 NGO serah memorandum bantah iklan judi raya kepada Zahidi
Memorandum yang meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap operator judi raya dalam talian itu diserahkan oleh Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.
Komuniti Orang Asli bantah pembinaan empangan Nenggiri - JKOAK
Lebih 3,000 komuniti Orang Asli di Gua Musang, Kelantan membantah usaha pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri.