awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki ditahan merusuh guna kayu, jalur kuasa PDU

Bernama
Bernama
16/08/2025
04:45 MYT
Empat lelaki ditahan merusuh guna kayu, jalur kuasa PDU
Dua suspek ditahan di lokasi kejadian manakala dua lagi ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin semalam - Gambar hiasan
JASIN: Empat lelaki ditahan kerana dipercayai merusuh dan bersenjata kayu serta jalur kuasa PDU di tepi jalan Jasin-Bemban di sini, semalam.

Ringkasan AI
  • Empat lelaki berusia 20 hingga 57 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam rusuhan bersenjata kayu dan jalur kuasa PDU yang turut menyebabkan kemalangan tiga kenderaan di tepi jalan Jasin-Bemban.
  • Dua suspek ditahan di lokasi kejadian manakala dua lagi ditahan di pekarangan IPD Jasin; lima suspek lain melarikan diri menaiki Proton Exora dan tiga daripadanya masih dikesan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, dengan salah seorang suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau, namun semua suspek didapati negatif dadah.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata dalam kejadian kira-kira 9 pagi, lelaki berusia 20 hingga 57 tahun itu antara tujuh suspek dipercayai terlibat dalam rusuhan yang turut melibatkan kemalangan tiga kenderaan di jalan raya berkenaan.
"Anggota bertugas di Balai Polis Bemban menerima panggilan telefon kira-kira 9 pagi daripada seorang lelaki memaklumkan berlaku kemalangan di jalan tersebut dan pengadu telah nampak seorang lelaki memegang sebatang kayu.
"Dalam kejadian itu, dipercayai berlaku pergaduhan antara tujuh lelaki serta kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu dua daripadanya dinaiki kumpulan lelaki itu iaitu Wolkswagon Passat dan Mitsubishi Triton manakala satu lagi milik orang awam iaitu Toyota Vios," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata selepas pergaduhan berlaku, lima suspek telah melarikan diri dengan menaiki sebuah lagi kereta iaitu Proton Exora warna perak gelap dengan nombor pendaftaran tidak pasti dan telah meninggalkan Mitsubishi Triton di tepi jalan.
Dzulkhairi berkata dua suspek ditahan di lokasi kejadian manakala dua lagi ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin semalam.
Dzulkhairi berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 20 tahun itu mempunyai empat rekod lampau membabitkan kes jenayah namun ujian air kencing terhadap kesemua suspek negatif dadah.
Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan tiga lagi suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pergaduhan
#rusuhan bersenjata
#kemalangan
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan