Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Empat lelaki maut kemalangan di Sepanggar

Empat lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan dalam kejadian berhampiran Taman Jaya Diri Jalan Sepanggar,_Sinar Harian
Empat lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan dalam kejadian berhampiran Taman Jaya Diri Jalan Sepanggar. - Foto Sinar Harian
Advertisement

KOTA KINABALU: Empat lelaki maut selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebuah lori lima tan yang diletakkan di bahu jalan di Taman Jaya Diri, Jalan Sepanggar, di sini awal pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.37 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama bantuan BBP Lintas tiba di lokasi pada 2.59 pagi dan mendapati kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan.

“Pasukan bomba tiba dilokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Produa Viva yang terbabas sendiri lalu melanggar sebuah lori lima tan yang diletakkan dibahu jalan. 

“Terdapat empat orang mangsa terlibat dilaporkan tersepit di dalam kenderaan. Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan kesemua mangsa menggunakan peralatan khas (Rescue Tools),” menurut kenyataan itu.

Menurut JBPM, operasi mengeluarkan mangsa selesai pada 3.50 pagi dan kesemua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Kesemua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement