awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat maut, kereta gagal memotong lalu bertembung di Lipis

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
09/12/2018
12:23 MYT
Empat maut, kereta gagal memotong lalu bertembung di Lipis
Kejadian berlaku akibat pemandu Perodua Myvi dipercayai tidak lepas memotong kenderaan lain menyebabkannya bertembung dengan Proton Waja. - Foto Ihsan Pembaca Astro AWANI
Gara-gara tidak lepas memotong kenderaan lain menyebabkan empat individu termasuk tiga sekeluarga maut dalam kejadian kejadian kemalangan maut di Kilometer (KM) 16 Jalan Lipis-Benta berhampiran Simpang Taman Jelai di sini, petang tadi.
Mangsa yang maut dalam kejadian jam jam 3.50 petang itu ialah pemandu Proton Waja, Mukhtar Hassan, 52, dan isterinya, Khatijah Hussin, 61, serta cucunya, Ahmad Fakhrul Muslim Ahmad Ridhwan, 2, yang kesemuanya berasal dari Taman Kelaboran Jaya, Tumpat, Kelantan. Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azry Akmar Ayob, turut maut dalam kejadian itu adalah pemandu Perodua Myvi yang juga anggota tentera, Muhamad Samsol Kamal Mat Arifin, 22, yang bertugas di Kem Kementah, Kuala Lumpur. Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
"Kejadian berlaku akibat pemandu Perodua Myvi dipercayai tidak lepas memotong kenderaan lain menyebabkannya bertembung dengan Proton Waja yang ketika itu dinaiki oleh lapan orang termasuk pemandu.
"Akibat kemalangan ini, Khatijah dan Muhamad Samsol Kamal maut di tempat kejadian manakala Mukhtar dan Ahmad Fakhrul Muslim meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Azry Akmar berkata, mangsa yang cedera parah pula adalah anak Mukhtar, Zalimawati, 34 dan anaknya, Zulaikha Basyirah Ahmad Ridwan, 10, yang kini masih dirawat di zon merah Hospital Kuala Lipis.
"Empat lagi mangsa termasuk isteri kepada anggota tentera itu mengalami kecederaan ringan dan juga sudah dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut," katanya.
"Kesemua mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat. Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Kita minta saksi bebas untuk tampil membantu siasatan kejadian ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Hospital
#kemalangan
#kereta
#Kuala Lumpur
#lipis
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#Pahang
#Perodua
#polis
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan