awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat maut nahas di Teluk Intan

Bernama
Bernama
22/02/2016
00:20 MYT
Empat maut nahas di Teluk Intan
Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan maut di Jalan Sungai Rubana, Teluk Intan ke Sitiawan pada Ahad. - Gambar Bernama
Empat termasuk tiga beranak maut, manakala seorang cedera parah dalam nahas jalan raya di Kilometer 47.5, Jalan Teluk Intan-Sitiawan petang Ahad.
Mereka yang maut dikenali sebagai Noh @ Mat Noh Abdul Hamid, 64, isterinya Noriah Hashim, 57, anak mereka Nurul Afiqah, 18, serta anak saudara pasangan itu Intan Syafina Razali, 18, kesemuanya berasal dari Kampung Gajah, Seberang Perak.
Sementara, mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Tan Huo Huat, 44, dari Sabak Bernam, Selangor.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Shuhaily Mohd Zain berkata semasa kejadian kira-kira 5.17 petang itu, kereta jenis Perodua Viva dipandu Noh @ Mat Noh dalam perjalanan dari Teluk Intan ke Sitiawan.
Bagaimanapun, sebaik sampai di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu Tan dari arah Sitiawan ke Teluk Intan, memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Viva itu.
"Akibat kemalangan itu, keempat-empat mangsa meninggal dunia di lokasi kemalangan kerana kecederaan parah dan bedah siasat sedang dijalankan di Hospital Teluk Intan.
"Tan pula kini dirawat di sebuah hospital swasta di Ipoh, setelah dipindahkan dari Hospital Teluk Intan," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Topic Berkaitan
#Empat termasuk tiga beranak maut
#Jalan Teluk Intan-Sitiawan petang Ahad
#manakala seorang cedera parah dalam nahas jalan raya di Kilometer 47.5
#Shuhaily Mohd Zain
#Toyota Hilux
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan