KUALA LUMPUR: Buat pertama kali dalam sejarah, empat organisasi media perdana - Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star dan Astro AWANI - berganding bahu dan berkolaborasi untuk pelaporan berita.
Kerjasama ini bagi memberikan laporan terbaik, mendalam serta berkualiti meliputi pelbagai isu semasa yang dekat di hati rakyat Malaysia.
Ia akan menyentuh pelbagai isu nasional secara mendalam dan komprehensif berkaitan soal demokrasi termasuk isu alam sekitar, pendidikan dan banyak lagi.
Menurut Ketua Pegawai Pengisian The Star, Esther Ng, keputusan untuk membentuk kerjasama ini sebagai usaha menyuarakan pandangan yang mewakili latar belakang rakyat Malaysia yang pelbagai dalam isu-isu penting melibatkan masa depan negara.
Sementara itu, Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berkata, kerjasama ini bermatlamat menawarkan pengisian yang lebih baik dan komprehensif kepada masyarakat dan negara.
Manakala Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Kuik Cheng Kang berkata, kolaborasi ini mencerminkan pencapaian lebih besar.
Bagi Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman, menerusi kerjasama ini, media yang mewakili suara rakyat akan dapat membawa pandangan yang lebih membina serta dinamik dalam membentuk dasar dan hala tuju negara pada masa hadapan.
Projek pertama di bawah kerjasama ini ialah mengenai Undi18 dan kesannya ke atas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta pilihan raya umum akan datang.
SEGALANYA TENTANG UNDI18 ADA DI SINI
Ia disiarkan serentak di keempat-empat media utama ini pada Ahad.
Astro Awani
Sat Feb 12 2022
Projek pertama di bawah kerjasama ini ialah mengenai Undi18 dan kesannya ke atas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta pilihan raya umum akan datang. -Astro AWANI
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Empat media utama jalin kolaborasi
Projek pertama di bawah kerjasama ini ialah Undi18 dan kesannya ke atas PRN Johor dan PRU15, yang disiarkan serentak di dalam keempat-empat media utama ini.