Empat pekebun durian mengaku tidak bersalah terlibat pengubahan wang haram

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. - Gambar/ Sinar Harian
KUANTAN: Empat pekebun durian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 10 pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM560,000 daripada penjualan durian diusahakan tanpa kebenaran sejak tahun lepas.
Ringkasan AI
- Empat pekebun durian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Raub atas 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan hampir RM560,000 hasil penjualan durian dari tanah yang diusahakan tanpa kebenaran sejak tahun lepas.
- Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah wang terlibat jika sabit kesalahan.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 setiap seorang dengan syarat tambahan seperti melapor diri di pejabat SPRM, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi, serta menetapkan 9 Disember untuk sebutan semula kes.
Chin pula berdepan lima pertuduhan sama dengan memperoleh hasil berjumlah RM48,774 di lokasi sama antara 27 Julai 2024 hingga 29 Ogos lepas.
Chua pula didakwa memperoleh hasil sebanyak RM15,945 di Sungai Klau, Raub antara 11 Julai hingga 12 Ogos lepas dan Tong didakwa atas dua pertuduhan sama dengan hasil diperolehnya berjumlah RM454,365 di Sungai Ruan, Raub antara 4 Julai 2024 hingga 7 Okt lepas.
Kesemua lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah wang terlibat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ezuain Farhana Ahmad macadangkan wang jaminan antara RM20,000 hingga RM50,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan syarat tambahan melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi sehingga kes selesai.
Peguam Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan minimum kerana anak guamnya menanggung keluarga masing-masing.
Mahkamah membenarkan wang jaminan sebanyak RM20,000 untuk setiap tertuduh berserta syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan 9 Dis ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


