awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pelajar ditahan di Sibu kerana buli

Bernama
Bernama
05/03/2018
21:03 MYT
Empat pelajar ditahan di Sibu kerana buli
Berikutan itu pengadu mengalami kesan cedera, kesan lecur di belakang badan, tangan dan jari kanan kesan dicucuh pemetik api. - Gambar hiasan
Polis menahan empat pelajar lelaki tingkatan lima dan enam sebuah kolej vokasional di sini pada Isnin kerana disyaki terlibat kes buli sehingga mendatangkan kecederaan ke atas seorang pelajar lelaki lain baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, walaupun kejadian itu berlaku kira-kira 9.20 malam pada 11 Feb lepas, mangsa hanya membuat laporan mengenai kejadian itu semalam kerana takut pada suspek.
Katanya dalam kejadian itu, mangsa didatangi keempat-empat suspek yang kemudian menutup mulutnya dengan menggunakan kain lalu menyalakan pemetik api di bahagian belakang badan, memukul seluruh badan dan menampar muka mangsa berkali-kali.
Mangsa merayu agar suspek menghentikan perbuatan tersebut tapi tidak diendahkan dan kejadian dikatakan berlanjutan sehingga pukul 11 malam, kata Stanley.
Berikutan itu pengadu mengalami kesan cedera, kesan lecur di belakang badan, tangan dan jari kanan kesan dicucuh pemetik api.
"Punca kejadian disebabkan salah faham antara mangsa dan suspek kerana seorang daripada suspek berkenaan berperwatakan lembut dan mangsa dikatakan pernah mempersendakannya," katanya.
Menurut beliau, suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut untuk memberi pengajaran kepada mangsa.
Polis, kata Stanley, akan mendapatkan perintah reman esok terhadap kesemua suspek bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera
#lelaki
#mangsa
#pelajar
#polis
#siasatan
#Sibu
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan