Usaha pasukan penyelamat bagi mengesan empat pemancing yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu di Pahang masih menemui jalan buntu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, semua lelaki berkenaan dilaporkan menaiki sebuah bot gentian kaca dari jeti Sungai Kuantan pada jam 5 petang untuk memancing di perairan Pahang.

Jelas beliau, usaha mencari sehingga tengah malam Sabtu, belum menemui sebarang petunjuk.

Empat lelaki berkenaan dikenali sebagai Baheruzaman Yusof, 40, Ayzzat Rahmat Yaakop, 40, Rahmat Chik, 51 dan seorang lagi lelaki yang hanya dikenali sebagai Karim.

Tambah beliau, pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang melancarkan gerakan mencari semua mangsa.