awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pos kawalan dipindahkan selepas dinaiki air banjir - PGA8

Bernama
Bernama
27/02/2022
03:45 MYT
Empat pos kawalan dipindahkan selepas dinaiki air banjir - PGA8
Pos Kawalan PGA Pos Terusan telah dinaiki air Sungai Golok ketika tinjauan di Kampung Tersang Rantau Panjang. - Foto BERNAMA
PASIR MAS: Sebanyak empat pos kawalan di tebing Sungai Golok dekat Rantau Panjang, di sini, melibatkan 27 anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) terpaksa dipindahkan selepas dinaiki air, semalam.
Komander PGA Briged Tenggara SAC Hasan Basri Ahmad Safar berkata empat pos terbabit adalah Pos Ibrahim Pencen, Pos Haiwan, Pos Sharifah dan Pos Terusan yang kesemua pegawai dan anggota terbabit ketika ini ditempatkan sementara di Komtak PGA Taman Bakti, di sini.
"Empat pos kawalan ini dinaiki air sedalam antara 0.4 hingga 0.5 meter dan kesemua anggota terpaksa dipindahkan berikutan arus di situ agak deras yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.
"Walaupun terdapat pos kawalan terjejas akibat dinaiki air, penugasan anggota tetap berjalan seperti biasa," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mengulas lanjut, Hasan Basri berkata PGA akan sentiasa berkolaborasi dengan agensi penguat kuasa lain bagi membanteras sebarang kegiatan jenayah rentas sempadan khususnya pada musim banjir ini.
"Op Wawasan akan berjalan seperti biasa dan anggota akan menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi menjalankan rondaan di kawasan dinaiki air," katanya yang menambah terdapat sebanyak 17 pos kawalan milik PGA ketika ini sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#pos kawalan
#Sungai Golok
#PGA8
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan