awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pusat hiburan diserbu, 24 GRO warga asing ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
04/02/2024
11:53 MYT
Empat pusat hiburan diserbu, 24 GRO warga asing ditahan
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di salah sebuah pusat hiburan di sini, pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seramai 24 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di empat pusat hiburan, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, menerusi serbuan itu, pihaknya menahan 30 individu termasuk empat penjaga premis serta 26 warga asing berusia antara 20 hingga 41 tahun.
"Empat penjaga premis yang ditahan adalah lelaki tempatan, manakala 26 warga asing yang ditahan terdiri daripada dua pekerja lelaki dan 24 wanita disyaki diupah sebagai GRO.
“Mereka terdiri daripada dua lelaki warga Myanmar serta serta 10 wanita warga Indonesia, tujuh wanita warga Vietnam, masing-masing tiga warga China dan Thailand dan seorang wanita warga Laos," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Allaudeen berkata, serbuan bermula jam 11.30 malam itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kuala Lumpur.
“Semakan lanjut mendapati dua daripada empat premis yang diserbu itu tidak mempunyai lesen perniagaan sah dan tiga daripada premis berkenaan didapati menggaji warga asing sebagai pekerja dan GRO,” katanya.
Beliau berkata, kesemua individu yang ditahan itu kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, IPD Dang Wangi dan IPD Cheras untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1963, Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan dan Kaedah 29 Kaedah-kaedah Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pusat hiburan haram
#Kuala Lumpur
#GRO
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan