Empat rakyat Malaysia yang menetap di Mexico City dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan 15 rakyat Malaysia yang tinggal di bahagian lain di Mexico juga selamat kerana tidak berada dekat dengan kawasan yang dilanda gempa bumi.

Wisma Putra menerusi kedutaan Malaysia di Mexico City memberitahu mereka akan terus memantau keadaan di sana.

Kedutaan Malaysia di Mexico City boleh dihubungi di talian +525552824656 atau email [email protected].

Gempa bumi bermagnitud 7.1 melanda tengah Mexico pada jam 1.49 tengah hari waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia).

Jumlah kematian kini dilaporkan meningkat melebihi 240 orang.

Datuk Bandar Mexico City, Miguel Angel Mancera berkata 44 bangunan di bandar itu musnah teruk.


Dalam satu kenyataan dari Kementerian Luar Negeri hari ini turut memaklumkan bahawa 15 rakyat Malaysia yang tinggal di bahagian lain di Mexico juga berada dalam keadaan selamat kerana tidak berada dekat dengan kawasan yang terkena gempa bumi.