MELAKA: Seorang lelaki nekad meredah api untuk menyelamatkan ibu dan kakaknya selepas kediaman keluarganya terbakar dalam kejadian di sebuah penempatan tanah wakaf berhadapan Pangsapuri Bukit Piatu di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu Cheah Wei Liang, 43, yang bekerja sebagai juruteknik turut mengalami melecur di dada dan lengan kirinya dalam kebakaran melibatkan empat rumah separa kayu yang berusia lebih 50 tahun.
"Ketika kejadian, saya berada di rumah sendiri yang tidak jauh dari rumah ibu saya dan jiran memaklumkan ada rumah di sebelah rumah keluarga saya itu terbakar.
"Saya cuba memadamkan kebakaran selepas mereka berdua berjaya keluar menyelamatkan diri namun api merebak dan marak dengan cepat hingga memusnahkan rumah ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini lewat malam tadi.
Katanya yang kini tinggal sehelai sepinggang, sebelum berlakunya kebakaran yang turut menjejaskan tiga lagi rumah, bekalan elektrik di kawasan tersebut mengalami gangguan sekitar 8 malam.
Namun selepas bekalan elektrik pulih kira-kira hampir sejam kemudian, kebakaran tersebut berlaku.
Sementara itu Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran sebuah rumah di kawasan tersebut pada 10.34 malam.
Katanya tiga jentera dan sebuah jentera perkhidmatan perubatan kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan BBP Melaka Tengah dengan kekuatan 34 anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi.
"Sebaik tiba, didapati api dari rumah pertama itu sudah merebak ke rumah kedua, tiga dan empat.
"Bagaimanapun kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain dan semua enam penghuni rumah berusia antara 30-an dan 60-an terselamat sebelum api berjaya dikawal 11 minit kemudian. Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan," katanya ketika ditemui di lokasi.
Tambah beliau pihaknya berdepan sedikit cabaran untuk memadam kebakaran kerana jarak rumah berkembar yang rapat antara satu sama lain, sekali gus memudahkan api merebak dengan cepat.
"Struktur binaan kayu menyebabkan api merebak dengan cepat di bahagian atas rumah namun kepantasan bomba berjaya mengelakkan ia merebak ke rumah lain," katanya sambil menambah punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
Struktur binaan kayu menyebabkan api merebak dengan cepat di bahagian atas rumah namun kepantasan bomba berjaya mengelakkan ia merebak ke rumah lain. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Empat rumah hangus, lelaki redah api selamatkan keluarga
Cheah Wei Liang mengalami melecur di dada dan lengan kirinya dalam kebakaran melibatkan empat rumah separa kayu itu.
Ibu sanggup redah api selamatkan bayi 14 bulan dalam kebakaran di Labuan
Seorang ibu nekad meredah api untuk menyelamatkan bayi perempuannya berusia 14 bulan daripada rumah mereka yang sedang terbakar.