awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat termasuk dua anggota polis mengaku tidak bersalah miliki 240,000 mercun bola

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/03/2025
05:50 MYT
Empat termasuk dua anggota polis mengaku tidak bersalah miliki 240,000 mercun bola
Semua mereka didakwa atas pertuduhan memiliki 240,000 biji bahan letupan mercun bola berjumlah RM35,000 di sebuah rumah di Kangar pada minggu lalu. - Gambar/ Astro AWANI
KANGAR: Empat lelaki termasuk dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki 240,000 biji bahan letupan mercun bola berjumlah RM35,000 di sebuah rumah di Kangar pada minggu lalu.
Tertuduh, Lans Korporal E Lohindran, 32, dan Korporal Mohd Hisyamuddin Ahmad Mispha, 37, serta dua lagi orang awam, Nurrul Azizol Mohamad, 40, dan Fairul Izwan Abdul Aziz, 47, dari Padang Besar mengganguk faham dan meminta untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama suspek yang masih bebas didakwa memiliki bahan letupan iaitu 80 bungkusan plastik hitam mengandungi 240,000 biji mercun bola tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang di sebuah kediaman di Taman Kemajuan, Kangar sekitar jam 4.30 petang pada 15 Mac lalu.
Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang boleh dihukum mengikut Seksyen yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dilaksanakan oleh pegawai pendakwa, Inspektor S Mageswaran manakala Lohindran dan Mohd Hisyamuddin diwakili peguam Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian, manakala Nurrul Azizol dan Fairul Izwan diwakili peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.
Mageswaran meminta agar mahkamah menetapkan jaminan maksimum sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh.
Mohamad Alif Farhan dalam rayuannya kemudian memohon agar majistret mempertimbangkan jaminan yang minimum kepada anak guam mereka memandangkan kedua-duanya mempunyai tanggungan isteri dan ibu di mana salah seorangnya menghidap kanser tulang.
Begitu juga Syed Muhammad Anwar, yang merayu bagi pihak anak guamnya, berkata kedua-dua mereka tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap serta terpaksa menanggung adik-beradik serta ibu bapa masing-masing yang sudah uzur.
Kedua-dua peguam turut memberi jaminan bahawa anak guam mereka tidak akan melarikan diri sebaliknya akan patuh pada setiap tarikh prosiding yang ditetapkan.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Mahkamah turut menetapkan 21 April hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#anggota polis
#mercun
#Perlis
#mercun bola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan