awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
Malaysia dan India iktiraf kemajuan besar dicapai Petronas, Gentari perkasa tenaga hijau
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat warga Myanmar ditahan semula 15 kilometer dari Depot Tahanan Imigresen Bidor

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/02/2024
09:24 MYT
Empat warga Myanmar ditahan semula 15 kilometer dari Depot Tahanan Imigresen Bidor
Kesemua mereka yang berumur antara 17 hingga 22 tahun ditahan di Perkampungan Orang Asli Kampung Sandin, kira-kira 15 kilometer dari depot tahanan. - Foto Astro AWANI
TAPAH: Seramai empat orang daripada 130 warga Myanmar yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Bidor berjaya ditahan semula kira-kira jam 3.30 petang Jumaat.
Kesemua mereka yang berumur antara 17 hingga 22 tahun ditahan di Perkampungan Orang Asli Kampung Sandin, kira-kira 15 kilometer dari depot tahanan.
Kejayaan itu adalah hasil kerjasama penduduk kampung, bersama Orang Asli dan polis.
Bekas Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak Mohamad Yunos Abu, 45, yang mengetuai sukarelawan kampung berkata, Orang Asli di kawasan berkenaan mula-mula mengesan kehadiran empat tahanan berkenaan, sebelum menghubungi pihak polis.
Menurutnya, pihak polis kemudian menghubungi pihaknya untuk meminta bantuan mengesan tahanan-tahanan berkenaan.
“Saya kemudiannya mengatur gerak antara 10 - 15 orang untuk operasi pencarian ke kawasan yang dimaksudkan.
“Apabila kita masuk, Alhamdulillah pekerja kolam ikan memberi isyarat mereka ada di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.
Katanya, ketika menjumpai etnik Rohingya itu, pihaknya meminta mereka supaya jangan lari sebelum mengambil langkah keselamatan seperti membuka baju dan mengikat tangan mereka dengan baju atau kain.
Sementara itu, salah seorang daripada tahanan itu yang dikenali sebagai Rahanatullah, 21, berkata, mereka melarikan diri apabila melihat orang lain lari.
Dia mengakui tidak makan sejak melarikan diri malam tadi.
Topic Berkaitan
#pendatang tanpa izin
#warga myanmar
#Depot Tahanan Imigresen Bidor
#Lolos
#ditahan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan