awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Dua peserta Himpunan GARAH direman sehingga esok - Peguam 


Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?

Seth Akmal
Seth Akmal
08/02/2026
07:45 MYT
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
Serahan notis itu dikatakan dibuat melalui aplikasi WhatsApp. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilapor telah mengeluarkan notis kedua kepada Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, untuk menghadap Lembaga Disiplin pada Khamis depan.
Dalam satu surat bertarikh 6 Februari, Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Radzi Manan, memaklumkan pihaknya telah menerima aduan disiplin secara bertulis bertarikh 30 September 2025 dan 5 Februari 2026.
Selain itu, notis panggilan pertama telah dikeluarkan kepada Hamzah pada 5 Oktober 2025 bagi sesi perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa Lembaga Disiplin.
“Ahli Jawatankuasa Lembaga Disiplin telah bersidang dan memandang serius berkenaan aduan-aduan disiplin yang telah diterima,” katanya dalam surat berkenaan.
Dalam surat tersebut juga dinyatakan serahan dibuat melalui aplikasi WhatsApp.
Antara aduan yang disertakan mengenai dakwaan Hamzah terlibat dalam komplot untuk mengganggu dan mensabotaj perjalanan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2025.
Beliau juga dikatakan gagal menghalang beberapa individu daripada mengeluarkan kenyataan yang memalukan Presiden parti serta mencemarkan imej Bersatu, termasuk sidang media dan rundingan dengan parti komponen Perikatan Nasional tanpa mandat.
Aduan kedua hingga keempat menekankan perancangan beliau untuk mengumpul Surat Akuan Bersumpah melalui manipulasi Retreat Gopeng dan mensabotaj PAT 2025.
Ahli Parlimen Larut itu juga didakwa menggagalkan usul untuk mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-11 dari Bersatu dan mengekalkan Presiden parti.
Malah kenyataan Hamzah pada 28 Januari lalu mengenai jemputan mesyuarat ke rumah Muhyiddin disifatkan telah mencemar imej Presiden dan Parti.
Radzi menegaskan kegagalan Hamzah untuk hadir akan memberi kuasa kepada pihak Lembaga Disiplin untuk membuat keputusan muktamad tanpa rujukan lanjut kepadanya berdasarkan Fasal 22.5 perlembagaan parti.
Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan daripada Radzi mengenai perkara ini.
Topic Berkaitan
#Lembaga Disiplin
#Hamzah Zainudin
#PPBM
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.