awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut Pas-Bersatu dan pengunduran Muhyiddin, ke mana hala tuju PN?
Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang berkurang petang ini, Melaka kekal
Penggunaan BNPL berpotensi jejas skor kredit, kelayakan pinjaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam bot nelayan tenggelam, 16 kru selamat

Aida Aziz
Aida Aziz
05/09/2020
06:27 MYT
Enam bot nelayan tenggelam, 16 kru selamat
Salah sebuah daripada enam bot pukat tunda yang tenggelam selepas dipukul ombak besar di kawasan 3.7 batu nautika dari muara Sungai Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak pada Jumaat. Gambar JABATAN PERIKANAN
Enam bot pukat tunda tempatan tenggelam selepas dipukul ombak besar di kawasan 3.7 batu nautika dari muara Sungai Hutan Melintang, di sini semalam.
Bagaimanapun, 16 kru bot tersebut yang dipercayai warga Myanmar dilaporkan selamat.
Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Pasukan Polis Marin (PPM) pada pukul 12.50 tengah hari sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.
"Anggota mendapati semua kru bot nelayan berkenaan sudah diselamatkan oleh bot nelayan lain yang berada berhampiran lokasi.
"Setakat ini tiada kematian dilaporkan dan semua nelayan terbabit selamat.
"Enam bot nelayan itu masing-masing dikenal pasti keluar dari jeti di Sekinchan, Selangor, Bagan Datuk dan Hutan Melintang," kata beliau.
Kejadian tersebut, katanya, dipercayai berlaku berikutan fenomena air pasang besar, hujan dan angin kuat seterusnya menyebabkan semua bot itu tenggelam.
"Nelayan perlu lebih berhati-hati dan memakai jaket keselamatan ketika menangkap ikan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku selain segera melaporkan sebarang kejadian kepada pihak berkuasa," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Perak, Zaki Mokri berkata, pihaknya menerima maklumat semua nelayan terbabit selamat.
"Jabatan Perikanan berharap supaya komuniti nelayan lebih berhati-hati ketika berada di laut dan sentiasa mengikuti ramalan cuaca.
"Selain itu, yang lebih utama adalah memastikan alatan bantuan keselamatan sentiasa berada di atas bot," katanya.
Topic Berkaitan
#16 kru selamat
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#APMM
#Bagan Datuk
#bot nelayan
#Hutan Melintang
#Myanmar
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan