awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
Polis Nigeria lancar operasi cari 28 pengembara diculik di wilayah tengah
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam dimasukkan ke hospital kerana terhidu gas

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
25/11/2019
06:31 MYT
Enam dimasukkan ke hospital kerana terhidu gas
Tindakan pantas anggota bomba kemudian menutup kebocoran sebuah silinder yang dipercayai mengandungi bahan kimia tersebut. - Foto JBPM
Enam individu termasuk dua kanak-kanak dikejarkan ke Hospital Lahad Datu selepas terhidu gas Acetylene di sebuah pusat pengumpulan besi buruk yang terletak di Batu 1 Setengah Jalan Dam, Lahad Datu, pagi tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Pegawai Bomba Kanan I, Abu Bakar Taraji ketika dihubungi berkata, kesemua mangsa terdiri dari lima lelaki dan seorang perempuan itu kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital berkenaan.
Beliau berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.56 pagi, sembilan anggota menggunakan tiga jentera FRT, EMRS dan kenderaan utiliti bergegas ke lokasi kejadian.
Tindakan pantas anggota bomba kemudian menutup kebocoran sebuah silinder yang dipercayai mengandungi bahan kimia tersebut. Kesemua mangsa terdiri dari lima lelaki dan seorang perempuan itu kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital berkenaan. - Foto JBPM
Kesemua mangsa terdiri dari lima lelaki dan seorang perempuan itu kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital berkenaan.- Foto JBPM
Menurut Abu Bakar lagi, Gas Acetylene berkenaan telah dikenalpasti selepas disahkan oleh pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dan pemilik pusat pengumpulan besi buruk terbabit.
Operasi ditamatkan kira-kira pada pukul 11.42 pagi selepas kawasan sekitar dipastikan selamat.
Topic Berkaitan
#bomba
#Kanak-kanak
#Lahad Datu
#mangsa
#operasi
#Sabah
#terhidu gas beracun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan