awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam direman bantu siasatan sijil vaksinasi COVID-19 palsu

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
13/01/2022
07:59 MYT
Enam direman bantu siasatan sijil vaksinasi COVID-19 palsu
Enam individu direman bagi membantu siasatan berhubung kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 yang dipercayai palsu. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Enam individu direman bagi membantu siasatan berhubung kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 yang dipercayai palsu.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Marang pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, kesemua suspek yang berusia antara 35 hingga 57 tahun itu direman selama tiga hari sehingga Sabtu.
Katanya, tahanan itu bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, kesemua mereka ditahan malam tadi ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu susulan laporan dibuat mangsa yang mendakwa tidak menerima sijil tersebut walaupun telah membuat pembayaran.
Terdahulu polis Terengganu berjaya membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi dipercayai palsu susulan penahanan seorang doktor pada Sabtu lalu.
Kegiatan itu dipercayai telah dilakukan sejak September tahun lalu dengan mengenakan cas bayaran antara RM400 hingga RM600.
Susulan itu, suspek utama yang juga seorang doktor swasta berusia 51 tahun ditahan pada Sabtu lalu dan direman selama tiga hari sehingga Selasa.
Bagaimanapun, reman suspek dilanjutkan selama dua hari lagi sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan pendakwaan.
Topic Berkaitan
#sijil vaksinasi palsu
#enam direman
#doktor swasta
#jual sijil palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan