awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam individu ditahan bantu siasatan pembunuhan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/12/2019
02:58 MYT
Enam individu ditahan bantu siasatan pembunuhan
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah datang ke premis tersebut untuk berjumpa dengan salah seorang pekerja tetapi perselisihan faham terjadi, menyebabkan pergaduhan. - Foto ihsan polis
Polis menahan enam individu disyaki terlibat kes bunuh seorang pemandu di sebuah premis kedai berhampiran Taman Berjaya, Kajang, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 petang dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengenai kejadian.
“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 30-an dipercayai telah datang ke premis tersebut untuk berjumpa dengan salah seorang pekerja di situ dan telah berlaku perselisihan faham, sekali gus pergaduhan tercetus.
“Sehubungan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang telah menahan enam individu berumur lingkungan 23 hingga 64 tahun bagi membantu siasatan kes itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Dzaffir berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil di mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat ASP Siti Sarah Aisyah Saad di nombor 016-4064202,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof
#ASP Siti Sarah Aisyah Saad
#bunuh
#Hospital Kuala Lumpur
#pemandu Grab
#pergaduhan
#Perselisihan Faham
#polis
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#siasatan
#Taman Berjaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan