Sekurang-kurangnya enam lagi jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dijangka dibawa keluar dari Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini, dalam tempoh 48 jam bermula Isnin, untuk pengurusan jenazah dan penghantaran pulang.
Menurut sumber, enam jenazah itu telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia selepas menjalani Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti identifikasi dan autopsi baru-baru ini.
"Kebiasaannya, rumah mayat yang telah dilantik akan dipanggil pihak berkuasa Pusat Perubatan Tentera bagi membawa keluar mana-mana jenazah untuk urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing," katanya kepada Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, Isnin.
Beliau berkata pihaknya berharap kesemua enam jenazah itu dapat diuruskan dan dibawa balik ke tanah air dalam minggu ini.
SOP menetapkan sebaik sahaja jenazah dikenal pasti sebagai milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah berkenaan kemudian perlu melalui lima proses penting.
Ia melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.
Selepas selesai proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing.
Dalam pada itu, tinjauan Bernama di rumah mayat itu mendapati ada anggota keluarga satu daripada jenazah itu yang hadir untuk berbincang mengenai upacara pengurusan jenazah.
Keluarga itu yang hadir dengan wakil MAS pada kira-kira 11 pagi kelihatan tenang dan bertanyakan beberapa soalan mengenai proses perjalanan upacara dengan pegawai rumah mayat itu sebelum beredar sejam kemudian.
Kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang ke tanah air dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas pada Jumaat lepas disusuli kumpulan kedua dengan tiga jenazah semalam.
Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas.
Bernama
Mon Aug 25 2014
Mengikut SOP, setelah dibawa keluar dari Pusat Perubatan Tentera di Hilversum, jenazah akan dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing. - Gambar fail
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tiga jenazah MH17 kumpulan ketiga dikeluarkan pada Jumaat
Tiga jenazah dari kumpulan ketiga mangsa nahas pesawat malang MAS MH17 akan dikeluarkan dari Pusat Perubatan Tentera di Hilversum pada tengah hari Jumaat.
Enam jenazah rakyat Malaysia dijangka dibawa keluar Hilversum dalam tempoh 48 jam
Enam jenazah itu telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia selepas menjalani Prosedur Operasi Standard seperti identifikasi dan autopsi baru-baru ini.