JOHOR BAHRU: Polis menahan enam lelaki tempatan dipercayai menyerang seorang lelaki bersenjatakan parang sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian di sebuah kedai di Jalan Senai Utama di Senai, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kesemua suspek berusia lingkungan 23 hingga 42 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di sekitar Senai pada Sabtu dan semalam.
"Pada Khamis lepas, kira-kira pukul 1.30 pagi, polis menerima laporan terdapat seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun diserang dengan senjata parang di kedai makanan dan minuman akibat perselisihan faham antara mangsa dan kumpulan itu.
"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian perut dan kepala telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk rawatan lanjut dan keadaannya stabil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata polis masih mencari beberapa individu yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu.
Katanya mana-mana saksi yang melihat kejadian tersebut diminta tampil memberikan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi pegawai penyiasat di talian 010-7647789.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
Enam lelaki ditahan disyaki serang seorang individu guna parang
Polis menahan enam lelaki tempatan dipercayai menyerang seorang lelaki bersenjatakan parang sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian di sebuah kedai di Jalan Senai Utama di Senai, Khamis lepas.