Enam sekeluarga yang sesat selama lima jam selepas melawat kebun mereka di Bukit Penunjuk, Kijal, dekat sini, ditemukan selamat petang tadi.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata Mohd Norazmi Taib, 48, isterinya, Maizatul Akmal Embong, 46, serta empat anak mereka, Mohd Amir Shakir, 19, Eisya Nurhumaira, 16, Khadeja Nurhani, 14, dan Mohd Umar Syamil, 10, berjaya dibawa turun ke kaki bukit itu pada kira-kira pukul 6.30 petang.
"Difahamkan keluarga itu tinggal di Pahang, dan datang melawat kebun pada pukul 9.00 pagi tadi. Kira-kira pukul 11 pagi mereka ingin balik ke 'homestay' namun gagal menemui jalan keluar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.
Beliau berkata ekoran penat dan risau dengan keadaan yang dihadapi, Mohd Norazmi kemudiannya bertindak menghubungi talian kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Kijal kira-kira pukul 3.00 petang untuk mendapatkan bantuan.
Katanya satu jentera dengan lapan anggota termasuk pegawai telah diarah ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat pada kira-kira pukul 5.00 petang.
"Kawasan di tempat mereka tersesat itu mempunyai rangkaian telefon, dan kita minta mereka hantar lokasi mereka menggunakan aplikasi WhatsApp selain meminta mereka memberi isyarat asap bagi memudahkan pasukan penyelamat mengesan kedudukan sebenar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 15 2020

Satu jentera dengan lapan anggota termasuk pegawai telah diarah ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat pada kira-kira pukul 5.00 petang.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

e-Sukan | PUBG Mobile zahirkan sokongan terhadap atlet negara
Sebagai tanda sokongan terhadap atlet e-Sukan negara di Sukan SEA Hanoi, Tencent Games menganjurkan program acara melibatkan atlet berkenaan secara langsung. Pengurus Pemasaran PUBG Mobile, Adil Hisham berkata, program itu juga menjadi platform untuk menghimpunkan kesemua peminat e-Sukan.

AWANI Ringkas: KPLB peruntuk RM80 juta untuk sekuriti makanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekalan Makanan | Mydin hadkan pembelian ayam
Pasar raya Mydin mengehadkan pembelian ayam dengan setiap pelanggan boleh membeli dua ekor sahaja. Jelas Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, biarpun mengehadkan pembelian, bekalan ayam di pasar raya tersebut masih mencukupi untuk pengguna di Selangor.

Politik | Pelancaran parti Pejuang di Sabah ditangguh
Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air di Sabah yang dijadualkan 22 Mei ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, keputusan dibuat kerana ketiadaan Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai urusan kerja di Tokyo.

HFMD: Lebih banyak tadika di Perak akan ditutup
Lebih banyak tadika di Perak dijangka ditutup berikutan peningkatan wabak penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Duta Besar Malaysia | Lantikan Tajuddin tidak sepatutnya jadi isu
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu sepatutnya tidak menjadi isu.

Sekuriti Makanan | KPLB peruntuk RM80 juta
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensi di bawahnya iaitu RISDA dan FELCRA Berhad memperuntukkan RM80 juta untuk menjamin bekalan dan sekuriti makanan negara. Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi peruntukan tersebut, agensi-agensi KPLB akan berusaha mengukuhkan gedung makanan utama negara terutama dalam industri penternakan dan perladangan.

Lagi serangan buaya di Telaga Air, kanak-kanak hilang disambar ke dasar sungai
Seekor buaya menyambar kanak-kanak berkenaan yang sedang duduk bersama-sama nenek dan kakaknya di tebing sungai dan mengheretnya ke dasar sungai.

Tiga pekerja binaan melecur kotak suis terbakar
Kebakaran melibatkan tiga orang mangsa lelaki dewasa dengan mengalami 80 peratus, 30 peratus dan sembilan peratus tahap kemelecuran di bahagian badan.

Pemandu lori maut dihempap pokok tumbang
Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dinaikinya dihempap pokok tumbang ketika melalui Jalan Sri Wangi 1/5, Kawasan Perindustrian Desa Plentong di sini hari ini.

Pasangan suami isteri mandi pantai sebelum Subuh hilang, dikhuatiri lemas
Pasangan yang berasal dari Temerloh, Pahang itu dikatakan turun ke pantai berkenaan kira-kira jam 4 pagi untuk mandi.

Bomba terpaksa alih perhatian buaya lepaskan mayat mangsa
Seorang lelaki maut selepas separuh badannya dibaham buaya dalam satu kejadian di Ladang Lamag, dekat Sungai Pin, di sini, pada Khamis.

Dua pelatih Puspen Raub ditemui lemas dalam tasik
Dua pelatih lelaki Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jalan Gesing-Kampung Kundang Patah di sini, lemas ketika mandi di tasik dalam kawasan pusat berkenaan, pada Khamis.

Guru, murid SK Orang Kaya Muda Pakeri cemas asrama terbakar
Kebakaran melibatkan satu blok asrama yang menempatkan dua asrama lelaki dan dua asrama perempuan.

Kemarau: Bomba siap siaga hadapi risiko kebakaran
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa siap siaga menghadapi risiko kebakaran ketika negara menempuh musim kemarau susulan fenomena monsun barat daya ketika ini.

Lima sekeluarga berdepan detik cemas, MPV dihanyutkan arus banjir
Toyota Avanza yang hanyut dinaiki lima individu iaitu dua wanita, dua kanak-kanak dan seorang bayi hanyut.

Bomba kenal pasti kawasan titik panas berisiko berlaku kebakaran
JBPM bersedia dengan memulakan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti selain persiapan dari segi keanggotaan dan aset.