Seramai 1,070 peserta dari enam buah universiti awam berkampung selama dua minggu di Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menjalani Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam 2018.
Antara universiti yang terlibat adalah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam yang bermula pada 22 Januari - 5 Februari lalu.
Menurut Naib Canselor UUM, selaku Komandan PALAPES UUM, Kolonel (Kehormat) Prof. Dato Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, setiap anggota badan beruniform perlu menekankan aspek tadbir urus yang baik, kepimpinan berkesan dan integriti tinggi demi mencapai kecemerlangan.
"Lebih-lebih lagi anggota tentera yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara kerana apabila tiada integriti dalam organisasi, ia akan melemahkan pertahanan negara," ucapnya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam 2018, di Padang Kawad PALAPES UUM, Sintok.
Tegas Mohamad Mustafa, aspek tadbir urus yang cekap dan efektif amat penting dalam membentuk tahap disiplin yang tinggi selain pembangunan modal insan setiap anggota badan beruniform perlu sentiasa disuburkan dengan nilai integriti, keberanian, kecemerlangan, setia kawan dan mengutamakan perkhidmatan.
"Saya mengucapkan selamat datang ke UUM, universiti di rimba hijau, terima kasih kepada Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU) kerana memberi kepercayaan kepada UUM untuk menjadi tuan rumah bagi Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam pada tahun ini," ujarnya.
Jelasnya, sebanyak enam buah universiti yang terlibat pada tahun ini sekali gus peserta dapat mengenali rakan-rakan yang datang dari pelbagai latar belakang.
"Penganjuran aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan di antara pihak pengajian tinggi dan Angkatan Tentera Malaysia amnya serta Tentera Udara Diraja Malaysia khasnya," katanya lagi.
Beliau berharap dengan penglibatan mahasiswa dalam badan beruniform seperti PALAPES Udara, ia dapat membentuk keperibadian berjiwa besar, bermoral tinggi, lebih bersiap siaga, memanfaatkan peluang yang ada bukan sahaja untuk memajukan diri tetapi juga untuk memberi sumbangan berimpak tinggi terhadap masyarakat.
Majlis perasmian dimeriahkan dengan pertunjukan menarik seperti letupan, asap berwarna selain mempromosikan keindahan dan keunikan UUM dengan menggunakan kemudahan disediakan seperti kenderaan tram, basikal elektrik, ATV, Rangcar, Buggy dan Go-Kart yang melintas di hadapan hadirin.
Menurut Kapten Abdul Halim Athan dari TUDM, latihan yang dijalankan itu bertujuan menguji tahap pengetahuan dan ketahanan mental serta fizikal pegawai kadet selain melengkapkan fasa-fasa latihan yang ditetapkan sebelum mereka layak ditauliahkan.
Ujarnya, latihan kem tahunan yang dijalankan merangkumi dua fasa latihan iaitu peringkat Kem dan Medan termasuk ujian kawad, baca peta, taktik, senjata dan ilmu medan perang.
Katanya, PALAPES merupakan satu pasukan yang melahirkan pegawai sukarela dari universiti awam dengan memberikan ilmu ketenteraan bagi membina insan berdisiplin dan bersemangat waja.
"PALAPES menyediakan pegawai lepasan universiti awam untuk angkatan tetap dan angkatan sukarela yang terlatih dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan pertahanan negara selain tempat mahasiswa dilatih semangat patriotisme, disiplin serta kebolehan memimpin dan menjadi barisan kedua pertahanan negara.
"Saya berharap semua mempunyai tekad menunaikan tanggungjawab diberikan dengan azam serta semangat untuk meletakkan nama baik universiti di mercu kecemerlangan," katanya lagi.
Sementara itu pelajar Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial, Nur Shuaida Shakri, 23, mengakui sudah lama meminati bidang ini untuk mengetahui lebih mendalam kehidupan seorang tentera.
"Selalu orang kata askar ni lasak, berani jadi saya nak merasainya sendiri. Aktiviti yang dijalankan mampu membentuk diri kita menjadi lebih berdisiplin, kemas dan hormat," katanya.
Gadis manis berasal dari Melaka yang diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai pengurus acara bagi majlis perasmian dan majlis penutupan nekad menjalankan tugas diberikan dengan penuh dedikasi.
"Dalam PALAPES, kami perlu bergerak pantas dan saya belajar bagaimana menguruskan masa dengan baik untuk kehidupan harian. Malah, kem ini juga mengajar erti setiakawan serta membuat kerja sebagai satu kumpulan," katanya.
Selain itu katanya, kem tahunan ini mampu membina hubungan baik antara mahasiswa selepas mereka tamat pengajian kelak serta memupuk sifat kepimpinan.
"Satu plantun ini akan bekerjasama dalam tugasan (seperti di dalam hutan). Menerusi tugasan ini mereka boleh berkenalan dan meluaskan jaringan sosial," katanya.
___________________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers Hanie Maisarah Ahmad Rasidi dari Universiti Utara Malaysia, UUM.
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
**Awani Rangers UUM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Awani Rangers UUM
Tue Feb 06 2018
MOHAMED MUSTAFA: Penglibatan mahasiswa dalam badan beruniform seperti PALAPES Udara dapat membentuk keperibadian berjiwa besar dan bermoral tinggi - Foto AWANI Rangers UUM
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri
Graduan media pada hari ini pula mula beralih arah untuk melakukan aktiviti GIG Ekonomi
Mengenali potensi anak-anak OKU
Penganjuran kali ini mendapat kerjasama baik dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Seri Kemunting, Masjid Tanah.
Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan
Dengan inkubator ini, secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cenderung terhadap bidang keusahawanan
Lawatan akademik ke Pulau Mutiara
Para pelajar telah bersepakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara ini.
Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau
Suntikan kerohanian melalui penghayatan Al Quran memberi impak positif serta inspirasi untuk lebih berusaha ke arah kebaikan
Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia
Lokasi ini dipilih kerana penduduk setempat yang majoritinya berpendapatan rendah sedang mengalami krisis air.
Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019
Pada sesi percubaan ini, seramai 15 peserta terlibat bagi menguji laluan yang telah dipilih untuk ujian penyesuaian.
Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai
Keindahan tasik biru yang semakin hangat diperkatakan, pasti membuatkan ramai yang ingin melihat dengan visual sebenar mengenai keindahan tempat ini
Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar
Pembentukan jawatankuasa kelestarian kampus telah ditubuhkan bagi memastikan inisiatif kelestarian kampus dapat dipantau
UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan
Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 bertemakan Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan