awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam warga Indonesia didakwa miliki 41,000 liter petrol tanpa lesen

Bernama
Bernama
16/11/2023
12:23 MYT
Enam warga Indonesia didakwa miliki 41,000 liter petrol tanpa lesen
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
SANDAKAN: Enam warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan memiliki barang kawalan iaitu 41,000 liter petrol tanpa lesen di sebuah jeti di sini pada Ogos lepas.
Muhammad Idris, Tri Kusuma Rini, Muhammad Rustam, Rigal Rialdy Jutino, Muhammad Tenri Bali dan Dhyfa Pasftyono Putra didakwa melakukan kesalahan itu di atas kapal yang didaftarkan sebagai MT Rahmah semasa pemeriksaan oleh Pasukan Gerakan Am di jeti milik Syarikat Hasui Berjaya di Kampung Cenderamata kira-kira 9 malam, 21 Ogos.
Tertuduh yang berusia antara 25 dan 45 didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 22 akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Zaini Fishir membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin tempatan bagi setiap tertuduh dan menetapkan 15 Dis ini untuk sebutan.
Beliau turut memerintahkan pasport tertuduh disimpan oleh pihak pendakwaan sementara menunggu terbitan bon oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi pelepasan kapal itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari KPDN Md Syafique Md Hilmie manakala peguam Arthur Borine mewakili kesemua tertuduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Indonesia
#petrol
#mahkamah
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan